Tuesday, June 5, 2007

Free cursors for MySpace at www.totallyfreecursors.com!
Skem9 LayoutsLayout made by User Picture..

Baby break dance

ASAS KERUKUNAN ISLAM

RUKUN ISLAM

  1. Mengucap dua Kalimah Syahadat;;

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya” Dengan Syahadat,kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhnya.

  1. Solat Lima Waktu Sehari Semalam;

Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada-Nya.Mulai dari lidah membaca,tangan bergerak,mata,telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi s.a.w.

  1. Mengeluarkan Zakat;

Dengan zakat,kita mengabdikan kepada ALLAH dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

  1. Berpuasa di Bulan Ramadhan;

Dengan berpuasa,kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya.Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t.

  1. Mengerjakan Ibadah Haji di Baitullah;

Dengan mengerjakan haji,kita menyembah ALLAH dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

RUKUN IMAN

  1. Beriman Kepada ALLAH;

Dengan iman,kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negative kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain ALLAH s.w.t.

  1. Beriman Kepada Malaikat-Malaikat;

Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah ALLAH s.w.t. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh ALLAH s.w.t. dan secara negative kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh ALLAH s.w.t.

  1. Beriman Kepada Kitab-Kitab;

Dengan beriman kepada kitab-kitab suci,kita mempercayai adanya kitab-kitab ALLAH yang memimpin manusia,yang diakhiri dengan kitab Al-Quran.

  1. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul;

Dengan beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul,kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh ALLAH untuk memberi petunjuk,yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Beriman Kepada Hari Khiamat;

Dengan iman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukkan sama ada di syurga atau neraka.

6.Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar;

Dengan beriman kepada Qada’ dan Qadar,kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini,ALLAH s.w.t. telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

PANDUAN SOLAT DALAM MUSAFIR

Amalan Sunat Sebelum Musafir

  1. Tujuan ia memusafirkan adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat,ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh ALLAH s.w.t.
  2. Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat.
  3. Memulakan musagir pada hari Khamis atau pun Isnin.Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman.
  4. Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita supaya selamat dalam perjalanan.
  5. Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga ketika menaiki kenderaan.
  6. Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi 2 marhala (60 batu/96.6km) maka kita disunatkan untuk menjamak dan mengqasarkan solat.

Solat Dalam Kenderaan;

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan.Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan atau pun kenderaan yang dinaikinya itu tidak berhenti.Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk,kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat ini hanya di kira sebagai menghormati waktu dan wajib diqada kemudiannya. Jika ianya solat sunat tak perlulah diqada.Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

Panduan Solat Dalam Kenderaan;

  1. Duduk dengan menegakkan badan ditempat duduk dalam kenderaan.
  2. Mengadap kearah kiblat dengan berpandukan pada kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat.Memadai juga jika kita menyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbirratul ihram.
  3. Niatkan soalt yang hendak kita tunaikan itu ketika takbirratul ihram.
  4. Bacaan surah dalam solat adalah sama seperti solat biasa.
  5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan diletakkan pada lutut.
  6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
  7. Duduk di antara dua sujud,duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk dikerusi kenderaan.
  8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering mengubah arah.

Apakah Solat Menghormati Waktu?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammun) dan juga solat yang tidak dapat untuk mengadap kiblat.Solat ini wajib diqada semula setelah beroleh air artau tanah atau pun dapat mengadap ke kiblat kembali.Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak atau pun qasar dengan syarat kita masih dalam musafir.Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah diqada secara sempurna.Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapat air atau tanah untuk bertayammum bagi berqada solat maka memadai solat menghormati waktu itu telah diterima ALLAH. Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanahk tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

Panduan Menentukan Arah Kiblat;

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpanduakan kepada matahari dan bintang selain menggunakan kompas penunjuk.Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara,pada malam yang gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Kaedah 1

Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederat dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2

Dengan memandang kearah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) inilah satu-satunya bintang paling tepat utara bumi .Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3

Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam.Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat.Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4

Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah.Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat.Bagaimana pun kaedah ini hanya berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.Sekali apabila matahari bergerak menuju ke titik utara iaitu 28 mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 julai apabila matahari kembali ekuinok.Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hamper Zohor akan menyebabkan bayang sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.Mengikut hisab waktu Makkah dan bersamaan 5.16 petang waktu di Malaysia.Pacakkan sebatang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.Tepat jam 5.16 petang bayang matahari yang jatuh itu bertepatan dengan arah kiblat.Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya berada di sebelah timur,jadi arah kiblatnya ialah arah yang berlawanan dari arah timur (barat).

Solat Jamak

Jamak ertinya menghimpunkan dua solat ke dalam satu solat.Solat yang boleh dijamakkan ialah Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.Jamak terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

  1. Jamak Taqdim-solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.
  2. Jamak Takhir-solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Asar dan Maghrib denagn Isyak dalam waktu Isyak.

A.Syarat Jamak Taqdim;

1. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar,Maghrib kemudiannya Isyak.

2. Niat jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram.

3. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

B. Syarat Jamak Takhir;

1. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

2. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

Solat Qasar

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat.Solat yang boleh dipendekkan ialah Zohor,Asar dan Isyak sahaja.

Syarat Qasar

  1. Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanannya melebihi dua marhalah iaitu 60 batu / 96.6km.
  3. Diniatkan qasar solat ketika tekbiratul ihram.
  4. Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam).
  5. Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya.
  6. Mengetahui tem[at yang hendak dituju,jika tiada tujuan atau matlamat maka tidak sah qasarnya.
  7. Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh qada.
  8. Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya.

Hikmah Bermusafir

  1. Dapat mencergaskan akal,jiwa dan anggota badan.Orang yang bermusafir memerlukan kepada kekuatan,kecergasan badan dan kecekalan hati untuk bergerak menepati masa.Dengan bermusafir juga dapat mempertajamkan akal fikiran terutama tentang alam,masyarakat,suasana dan peristiwa yang ditempuh dan dialami semasa dalam tempoh perjalanan.Fikiran kita akan dilatih untuk mencari hikmah dari perkara-perkara tersirat sekaligus dapat dijadikan teladan kehidupan kita seharian.Pemandangan dan perubahan suasana dapat memberi ketenangan dan kerehatan pada jiwa.Bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir,akan timbullah rasa simpati,rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha memperjuangkan hidupnya.
  2. Menguatkan jiwa.Segala kesusahan dan masalah yang timbul semasa musafir dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan.Semasa musafir terpaksa menghadapi berbagai karenah manusia dan peristiwa yang tidak kita duga dan kita sukai.Ini akan melatih kita agar bersifat reda.
  3. Membuang sifat mazmumah (keji).Kesusahan dan ujian sewaktu bermusafir merupakan didikan terus dari ALLAH s.w.t. yang dapat mencabut sifat-sifat mazmumah seperti terburu-buru,pemarah,tidak sabar dan sebagainya.
  4. Menghilangkan sifat malas dan lembab.Jika akal dan jiwa tidak dicergaskan melalui musafir maka akan timbullah sifat malas dan lembab yang akan membantutkan dirinya..

HIKMAH BERZIKIR

Firman ALLAH s.w.t. maksudnya; “Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) ALLAH dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut ALLAH,maka ALLAH telah menyediakan untuk mereka keapunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Al-Ahzab:35). Dan Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah Hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.” (Hadith riwayat Muslim)

  1. Akan mendapat keredaan ALLAH dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  2. Akan menimbulkan kejernihan,kemanisan pada hati dan wajah.
  3. Akan mendapat kasih sayang,kecintaan serta keampunan dari ALLAH serta dimurahkan rezekinya.
  4. Akan dapat merasakan betapa besar,agong,hebat dan berkuasanya kerajaan ALLAH s.w.t.
  5. Akan segera mendapat pembelaan dari ALLAH s.w.t. bila seseorang itu berada didalam kesusahan dan kedukaan.
  6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  7. Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak,semaikn banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
  8. Akan mendapat nur (cahaya) dari ALLAH s.w.t. dalam kehidupan di dunia ini,di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  9. Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga.Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  10. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
  11. Dapat mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  12. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  13. Dapat menyibukkan lidah dari bercakap,mengumpat dan berkata yang sia-sia.
  14. Dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
  15. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  16. Dapat menjauhkan diri dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  17. Dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
  18. Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  19. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  20. Akan sentiasa diingati oleh ALLAH s.w.t. seperti dalam firman-Nya, “Ingatlah kamu kepada-Ku maka Aku akan mengingatimu.”

HIKMAH BERSELAWAT

“Sesungguhnya ALLAH s.w.t. dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w. dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.” (Al-Ahzab:56). Bersumberkan dari At-Taiyimi katanya,”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

  1. Satu kali selawat ALLAH s.w.t. akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
  2. Satu kali selawat ALLAH s.w.t. akan mengangkatkannya dengan 10 darjat.
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
  4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh ALLAH Ta’ala tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung diantara langit dan bumi.
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
  6. ALLAH s.w.t. akan mengandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
  7. Dapat membersihkan hati,jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
  8. Dpat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
  9. Mewariskan kecintaan Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya..
  10. Akan terselamat dan terpelihara dari segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
  11. Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  12. Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati bila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
  13. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
  14. ALLAH s.w.t. akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
  15. ALLAH s.w.t. akan membertakan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
  16. Mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t. bagi dirinya dan juga untuk keluarganya.
  17. Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
  18. Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
  19. Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa malalui titian Sirat dan ia dengan selamat manuju ke syurga.

IBADAH PUASA

IBADAH PUASA

Firman ALLAH s.w.t. “Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu,semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.” Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; “Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada ALLAH dan dengan penuh kesedaran,maka diampunkan oleh ALLAH akan dosa-dosanya yang telah lalu.”

Penertian Puasa

Puasa ertinya menahan makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Rukun Puasa

  1. Niat di waktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.
  2. Menahan diri dari makan dan minum,bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

  1. Islam.
  2. Akil baligh.Tidak wajib puasa ke atas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Suci atas haid dan nifas.
  4. Tinggal tetap (tidak musafir).
  5. Mampu untuk berpuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa).

Syarat Sah Puasa

  1. Beragama Islam.Orang kafir tidak sah puasanya.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak (tahu membezakan yang mana baik dan buruk).
  4. Berpuasa pada waktunya.

Sunat Puasa

  1. Menyegerakan waktu berbuka.
  2. Berbuka dengan buah kurma atau air susu atau sesuatu yang manis.
  3. Melewatkan waktu makan sahur.
  4. Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan-perkataan yang sia-sia seperti berdusta,bergaduh,mengumpat,membuat fitnah dan memperkatakan akan keaiban orang lain.
  5. Mengerjakan solat terawih secara berjemaah diwaktu malamnya. (Ramadan).
  6. Bertadarus (membaca) Al-Quran pada tiap-tiap malam Ramadan.
  7. Membanyakkan berdoa,berzikirnberselawat dan beristikfar di waktu malamnya.
  8. Ber’iktikaf di masjib terutama pada malam 10 yang akhir Ramadan.
  9. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  10. Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka puasa.
  11. Mengawal diri dari mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Makruh Puasa

  1. Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari.
  2. Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor.
  3. Merasa makanan dengan lidah.
  4. Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedahan aurat.
  5. Berbekam.
  6. Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan apa-apa kerja pun.
  7. Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.

Batal Puasa

  1. Makan dan minum dengan sengaja.
  2. Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.
  3. Muntah dengan sengaja seperti memasukan jari ke dalam mulut.
  4. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung,telinga dan sebagainya.
  5. Bersalin.
  6. Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.
  7. Kedatangan haid bagi perempuan.
  8. Mengeluarkan mani dengan sengaja di waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.
  9. Murtad.

Perkara Yang Dibolehkan Ketika Berpuasa

  1. Bercelak dan menitiskan air ubat kedalam mata.
  2. Bersuntik dibolehkan dalam bulan puasa dengan syarat benar-benar sakit dan puasanya itu dikira batal dan ia wajib mengqadanya semula.
  3. Menyelam di dalam air asalkan dengan tidak keterlaluan yang boleh menyebabkan air masuk ke dalam rongga-rongga badan.
  4. Mencium,memeluk atau memegang tangan isteri asalkan keinginan syahwat.

Hari Yang Diharamkan Untuk Berpuasa

  1. Berpuasa pada hari raya aidil fitri (1 hb Syawal).
  2. Berpuasa pada hari raya aidil adha (10 Zulhijjah).
  3. Berpuasa pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Jenis-Jenis Puasa

1.Puasa Wajib

Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya.Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh mereka ini tidak diwajibkan lagi tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk b erpuasa sebagai latihan.Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka di hukum murtad.

  1. Puasa Sunat

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan,keredaan,balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. Puasa sunat dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Jenis-Jenis Puasa Sunat

  1. Puasa sunat di bulan Syawal.Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepasa hari raya pertama,ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
  2. Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 hb hinggalah 8 hb.
  3. Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah (hari Arafah).
  4. Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1hb hinggalah pada 9hb (sunat Tasua’)
  5. Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram (sunat ‘Asyura).
  6. Puasa sunat di bulan Rejab (keseluruhan bulan Rejab).
  7. Puasa sunat di bulan Syaaban (keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak).
  8. Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  9. Puasa sunat tiga hari pada tiap-tiap bulan Hijrah (Islam).
  10. Puasa sunat secara berselang seli hari seperti hari semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

3. Puasa Qada

Puasa qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu di atas sesuatu sebab kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat,bermusafir,haid,nifas,bersalin dan sebagainya.

4. Puasa Nazar

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah beroleh ataupun Berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu.Jika apa yang kita nazarkan itu tidak Berjaya maka tidaklah wajib ke atas untuk menunaikan nazar tersebut.Contohnya seperti berkata seseorang itu,sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari.Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.

5. Puasa Kifarat

Puasa kirafat wajib ditunaikan jika seseorang itu telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti yang berikut,

  1. Bersetubuh dalam bulan Ramadan pada waktu siang hari,maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
  2. Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
  3. Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang,kifaratnya ialah berpuasa selama 3 hari di Tanah suci dan 7 hari di Negara sendiri.
  4. Kifarat kerana mengziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

Hikmah Puasa

  1. Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan ALLAH s.w.t.
  2. Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
  3. Berpuasa dapat mengisafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba ALLAH yang lemah.
  4. Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada ALLAH s.w.t. yang telah memberikan segala nikmat dan rezeki-Nya kepada kita.
  5. Berpuasa dapat mendidik jiwa untuk mentaati segala suruhan ALLAH serta suruhan yang lain-lainnya.
  6. Berpuasa dapat mensucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati.
  7. Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar,tabah dalam menghadapi penderitaan,kesusahan dan segala cubaan dari ALLAH s.w.t. terhadap kita.
  8. Berpuasa dapat melatih diri agar menjadi seorang yang amanah.
  9. Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
  10. Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insane terutama kepada fakir miskin,anak yatim,orang yang melarat dan sebagainya.
  11. Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisplin.
  12. Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap ALLAH s.w.t.
  13. Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan ALLAH maka ALLAH akan mengapuni dosa-dosanya yang telah lalu.
  14. Berpuasa dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

KEMULIAAN MALAM LAILATU QADAR

Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada ALLAH s.w.t.

Munajat Nabi Musa a.s, “Ya ALLAH ya Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang palin hamper sekali dengan-Mu.” Firman ALLAH s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hamper dengan hamba-hamba-Ku yang bangun pada malam Lailatul Qadar.”

Munajat Nabi Musa a.s, “Ya ALLAH ya Tuhanku” Aku amat mengharapkan sekali akan rahmat-Mu itu.” Firman ALLAH s.w.t, “Wahai Musa! Sesungguhnya Rahmat-Ku itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar.”

Munajat Nabi Musa a.s, “Ya ALLAH ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat menyambar,” Firman ALLAH s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar.”

Munajat Nabi Musa a.s, “Ya ALLAH ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurga-Mu sambil dapat pula memakan buah-buahnya.” Firman ALLAH s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguhlah kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.”

Munajat Nabi Musa a.s, ‘Ya ALLAH Ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab siksaan nereka jahannam-Mu.” Firman ALLAH s.w.t. “Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepada-Ku dengan membanyakkan meminta keampunan den beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar.”

Munajat Nabi Musa a.s, “Ya ALLAH ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaan-Mu itu terhadap diriku ini.” Firman ALLAH s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya keredaan-Ku itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar.”

Bilakah Malam Laitul Qadar?

Imam Al Ghazali Rahimahullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti;

  1. Jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29hb Ramadan.
  2. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.
  3. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.
  4. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25hb Ramadan.
  5. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan.

PANDUAN BERSUCI

PANDUAN BERSUCI

Pengertian Bersuci

Firman ALLAH s.w.t. maksudnya,”Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri.” (Al-Baqarah:222). Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan,pakaian atau tempat tinggal kita.Ia mesti dibersihkan supaya kita boleh melakukan ibadah.Dalam ajaran agama Islam,bersuci ialah berwuduk,mandi dan membersihkan najis dari badan.

Jenis-Jenis Bersuci

  1. Bersuci dari hadas kecil.Apabila berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al-Quran.Cara untuk membersihkannya ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum.
  2. Bersuci dari hadas besar.Mereka yang berjimak,haid dan nifas adalah termasuk dalam golongan ini.Cara bersuci darinya ialah denagn mandi junub.Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang,puasa,menunaikan haji,’iktikaf di dalam masjid dan menyentuh atau membaca Al-Quran.
  3. Beristinjak.Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari 2 saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK

Rukun Istinjak

  1. Islam.
  2. Menggunakan air,batu,kertas,daun dan benda-benda keras yang suci.
  3. Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur.

(Niat dalam hati,Sahaja aku bersuci kerana ALLAH TA’ALA )

Sunat-Sunat Istinjak

  1. Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3 kali atau 5 kali atau 7 kali dan seterusnya.
  2. Menggunakan tangan kira.

Beristinjak Dengan Batu

Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah,

  1. Pastikan najis itu tidak mengalir.
  2. Pastikan najis masih belum kering.
  3. Pastikan tempat keluar najis itu tidak terhalang oleh benda-benda lain.

Beristinjak Dengan Air

Perlakuannya adalah lebih kurang serupa dengan menggunakan batu.Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga 3 perkara iaitu bau,warna dan rasa.Apabila selesai disunatkan membaca doa.

Benda-Benda Bernajis

  1. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia.Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
  2. Darah kecuali hati dan limpa.
  3. Semua jenis benda yang keluar dari qubul dan dubur.
  4. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor.
  5. Arak dan semua minuman yang memabukkan.
  6. Bahagian binatang yang diambil badannya semasa ia masih hidup.

Jenis-Jenis Najis

  1. Najis Mughallazah

. Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya.Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih.

  1. Najis Mukhaffafah

Ialah jenis najis ringan seperti air kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja.Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya.

  1. Najis Mutawassitah

Ialah najis pertengahan.Najis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;

  1. Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang.Najis ini dicuci dengan mengalirkan air ke atasnya.
  2. ‘Ainah adalah najis yang masih ada zatnya.Najis ini dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya.

JENIS-JENIS AIR

  1. Air Mutlak

Sifatnya adalah suci lagi menyucikan.Air ini boleh diminum dan sah untuk digunakan bagi menyucikan benda lain.Contohnya air hujan,air laut,air perigi,air mata air,salji,air sungai dan air embun.

  1. Air Muqayyat

Sifatnya suci tetapi tidak boleh menyucikan.Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi,air teh,air buah-buahan dan sebagainya.

  1. Air Muttannajis

Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna,baud an rasa najis.Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada ianya banyak atau sedikit.

b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya.Air ini jika kurang dari 2 kolah tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci dan menyucikan..

  1. Air Musyammas

Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak.Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian.

  1. Air Mustaghmal

Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda lain dan sukatannya pula kurang dari 2 kolah.Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

WUDUK-Hadas Kecil

Rukun Wuduk-6

  1. Niat.Wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana ALLAH Ta’ala seperti “Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardu atasku kerana ALLAH Ta’ala.”
  2. Membasuh muka.Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.
  3. Membasuh kedua tangan.Dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.
  4. Menyapu kepala.Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.
  6. Tertib..Mendahulukan yang dahulu.

Sunat-Sunat Wuduk

  1. Menghadap ke kiblat.
  2. Membaca Bismillah.
  3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
  4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
  5. Memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya semula.
  6. Menyapu seluruh kepala.
  7. Menyapu kedua belah telinga.
  8. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
  9. Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.
  10. Menjimatkan penggunaan air.
  11. Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan.
  12. Menggosok-gosok pada setiap bahagian anggota wuduk.
  13. Menggerak-gerakkan cincin.
  14. Berturut-turut.
  15. Membaca doa wuduk.

Batal Wuduk-5

  1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya,tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.
  3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  4. Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yang bukan mahram tanpa alas.
  5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar punggung lelaki,wanita atau dirinya sendiri tanpa alas.Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

Larangan Jika Tidak Berwuduk

  1. Sembahyang.
  2. Tawaf di Kaabah.
  3. Menyentuh atau membawa Al-Quean tetapi jika terpaksa maka hukumnya harus.Bagi kanak-kanak yang sedang belajar Al-Quran maka mereka juga diharuskan.

TAYAMMUM

Tayammum ertinya menyapukan debu tanah kemuka dan kedua tapak tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat.Ianya adalah pengganti kepada wuduk atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air kerana beberapa halangan.

Sebab Bertayammum

  1. Uzur kerana sakit.
  2. Kerana dalam musafir.
  3. Kerana tiada air.

Rukun Tayammum

  1. Niat.
  2. Menyapu debu tanah ke muka.
  3. Menyapu debu tanah ke tangan sampai ke siku.
  4. Tertib.

Batal Tayammum

  1. Ada air.
  2. Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Syarat Sah Tayammum

  1. Ialah telah masuk waktu sembahyang.Tayammum hanya sah untuk satu sembahyang fardu dan beberapa sembahyang sunat sahaja.
  2. Telah diusahakan mencari air tetapi tidak dapat.
  3. Menggunakan debu tanah yang bersih dan suci.
  4. Menghilangkan najis yang terdapat di badan terlebih dahulu.

MANDI WAJIB-Hadas Besar

Mandi junub,mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya.Hukum mandinya adalah wajib.Ini bagi membolehkan kita mengerjakan ibadah yang selama ini dilarang selagi belum mandi wajib.

Rukun Mandi Wajib-2

  1. Niat.”Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atas aku kerana ALLAH Ta’ala.”
  2. Meratakan keseluruh badan dan menghilangkan segala sesuatu yang menghalang air dari sampai ke kulit badan seperti lilin,minyak dan sebagainya.

Sebab-Sebab Mandi Wajib

  1. Keluar air mani dengan sebab sengaja atau tidak sengaja (bermimpi).
  2. Apabila selesai melakukan jimak.
  3. Selepas dating haid bagi wanita.
  4. Apabila keluar darah nifas.
  5. Wiladah (bersalin).
  6. Meninggal dunia kecuali mereka yang mati syahid.

Diharamkan Ketika Junub

  1. Solat fardu,sunat,sujud tilawah dan sujud sahwi.
  2. Menyentuh atau membawa Al-Quran.
  3. Membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat.
  4. Menurut Iman Syafie haram duduk di dalam masjid (wanita dalam haid) kecuali sekadar untuk melintasinya itupun jika tiada jalan lain.

Diharamkan Ketika Haid

  1. Bersetubuh.
  2. Bercerai.Haram bagi suami menceraikan isterinya ketika haid.
  3. Mengerjakan solat fardu.
  4. Mengerjakan solat sunat,puasa,menyentuh Al-Quran atau memcanya.
  5. Tawaf di Kaabah.

MARAH MENGUNDANG PADAH

MARAH MENGUNDANG PADAH

Pemarah adalah salah satu daripada cabang sifat-sifat mazmumah atau tercela yang amat dibenci oleh ALLAH s.w.t. Ia boleh bertindak sebagai virus atau badi yang mengunggis dan menghakis kesyahduan serta kemabruran sesuatu ibadah sekiranya tidak dilembutkan.Menurut ahli sufi,marah terjadi disebabkan oleh kepenuhan darah hati dan bertujuan untuk membalas dendam.Sehubungan itu,sifat marah lazimnya akan menjurus pula kepada sifat-sifat mazmumah yang lain seperti pembengis,pendengus dan pendendam.Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud bahawa marah itu dapat merosakkan iman sebagaimana jadam pahit merosakkan madu yang manis.Perasaan marah berasal daripada syaitan yang dicipta oleh ALLAH s.w.t. daripada api.Dengan yang demikian,muka atau wajah orang yang sedang marah itu lazimnya menjadi merah menyala dan tindakannya pula akan menjadi ganas serta buas.Nada suaranya menjadi tinggi hingga tahap menjerit,mengherdik,menengking dengan tutur katanya bertukar menjadi kesat dan penuh dengan maki hamun,mencarut dan mencerca dengan kata-kata yang amat hina dan mengaibkan.Sekiranya dibiarkan berlarutan kemarahan tersebut boleh menjurus pula kepada pembunuhan dan pertumpahan darah..Lazimnya,syaitan dan iblis akan mengeksploit dan menggunakan setiap ruang serta peluang yang tercipta itu bagi melakssanakan agenda dan iltizamnya yang syumul itu untuk mengganggu-gugat ibadah serta aqidah anak cucu Adam terutamanya yang masih lemah dan longlai keimanan dan ketaqwaannya kepada ALLAH s.w.t. itu.Janji dan keiltizaman syaitan itu amat jelas dan nyata serta termaktub di dalam Al-Quran menerusi ayat-ayat berikut yang bermaksud: “Iblis berkata: ‘Oleh kerana Engkau (wahai ALLAH) menyebabkan aku tersesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani) jalan_Mu yang lurus.” (Al-A’raf:16) “”Kemudian aku akan datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka,dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka,dan Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Al-A’raf:17) Berbekalkan keizinan daripada ALLAH s.w.t. itu maka iblis dan syaitan pun menggerakkan seluruh jentera serta bala tenteranya yang terdiri daripada suku sakat dan rakan sekongkolnya dari kalangan jin dan manusia itu untuk mengucar-kacir serta memporak-porandakan kekusyukan ibadah anak cucu Adam. Nabi Muhammad s.a.w. selalu mengingatkan umatnya supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan sifat marah itu.Peringatan baginda itu termaktub dalam sebuah hadith baginda yang bermaksud: “Jaga-jaga,bahawasanya marah itu seperti bara api pada jantung anak Adam.Adakah tiada melihat kamu pada merah dua matanya dan bengkak urat lehernya, maka barangsiapa mendapat ia akan sesuatu daripada demikian itu,maka hendaklah memukulkan ia akan pipinya dengan bumi.” (Riwayat At-Tirmidzi) Nafsu amarah yang liar juga boleh mendorong ALLAH s.w.t. mematrikan hati,pendengaran dan penglihatan kita sehingga kita tidak dapat menerima hidayah dan petunjuk daripada ALLAH s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh ALLAH s.w.t. menerusi firman-Nya yang bermaksud; “(Dengan sebab keengkaran mereka),ALLAH mematraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.” (Al-Baqarah;7). Justeru,bagaimanakah caranya bagi kita untuk melunakkan sifat dan nafsu amarah yang liar,rakus dan buas itu?

  1. Beristighfar dan sebutlah nama ALLAH (zikrullah) sebanyak-banyaknya di kala perasaan marah itu mulai bertakhta dalam jiwa dan sanubari kita kerana dalam sebuah hadith Qudsi ALLAH telah berfirman yang bermaksud; “Wahai anak Adam,sebutlah nama-Ku apabila engkau marah agar Aku pula ingat pula akan engkau,dengan yang demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan mala petaka ke atasmu.”
  2. Menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.Sesungguhnya marah itu adalah daripada syaitan.Justeru itu apabila diri didakap kemarahan dan nafsu yang meluap-luap maka hendaklah di baca yang bermaksud: “Aku mohon berlindung dengan nama ALLAH daripada syaitan yang direjam.” Sekiranya pengucapan tersebut gagal meredakan kemarahan yang sedang membara maka hendaklah kita duduk sekiranya ketika kita marah itu kita sedang berdiri.Sekiranya sewaktu kita mulai ,arah itu kita sedang duduk maka hendaklah kita bawa berbaring dan sekiranya baring itu tadi masih gagal meredakan kemarahan berkenaan maka hendaklah kita mengambil air sembahyang (wuduk) kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan bahawa marah itu berasal daripada syaitan yang ALLAH ciptakan daripada api yang hanya dapat didinginkan oleh jirusan dan simbahan air.Saranan itu termaktub dalam hadith baginda yang bermaksud: “Bahawasanya syaitan itu dijadikan dia daripada api,dan hanyasanya dipadamkan akan api dengan air,maka apabila marah seseorang kamu,maka hendaklah ia mengambil air sembahyang.” (Riwayat Abu Daud)
  3. Bina rasa takut kepada ALLAH apabila sifat dan nafsu amarah yang disemaraki oleh hasutan iblis dan syaitan itu mula menguasai diri.Lazimnya marah itu menjelma dan bertakhta di hati apabila kita lalai dan melupakan ALLAH.Sehubungan itu,ALLAH telah mengingatkan hamba-hamba-Nya supaya segera meminta perlindungan-Nya jika nafsu amarah itu mula bertapak dalam hati dan sanubari.Peringatan ALLAH itu terkandung di dalam firman-Nya menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut sesuatu hasutan daripada syaitan,maka mintalah perlindungan kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH amat mendengar,lagi amat mengetahui.” (Al-A’raaf:200)

Sebagai rumusan kita dapati bahawa sifat marah yang menjadi tunggak kepada nafsu-nafsu amarah ini disebabkan oleh peranan yang dicerminkan oleh hati.Hati merupakan alat yang mengawal serta mengendalikan semua tindakan dan pergerakan tubuh kerana menerusi hatilah setiap anggota tubuh badan seperti otak,tangan,kaki serta lidah itu kelakukan ketaatan atau kemungkaran.Hati itu bagaikan raja di mana segala perintah yang dating daripadanya wajib dilaksanakan oleh anggota tubuh yang lain dengan taat,akur serta patuh.Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith baginda telah mendefinasikan hati ini sebagai berikut: “Ketahuilah,sesungguhnya di dalam tubuh ini ada seketul daging.Apabila ia baik,maka baik pula seluruh tubuh,dan bila ia rosak,maka rosak pula seluruh tubuh.Ketahuilalh bahawa seketul daging itu adalah hati.” (Riwayat Asy-Shaikhan,dari Nu’man bin Basyir r.a.)

Hati manusia itu terbahagi kepada tiga tingkatan atau tahap iaitu;

  1. Qalbun Shahih (hati yang suci)
  2. Qalbun Mayyit (hati yang mati)
  3. Qalbun Maridh (hati yang sakit)

Tahap dan tingkatan inilah yang menentukan samada manusia itu baik atau sebaliknya;

  1. Qalbun Shahih itu ialah bentuk dan keadaan hati yang sihat,suci dan bersih serta bebas daripada ebarang gangguan,bisikan dan gejala yang boleh menjurus kepada penentangan kepada perintah ALLAH s.w.t. Hati yang suci ini sentiasa dipelihara dan dididik supaya terhindar daripada perbuatan syirik dan mempersekutukan ALLAH s.w.t. dengan kuasa yang selain daripada-Nya.Ia juga terhindar daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan titah perintah serta ketentuan daripada ALLAH dan Rasul-Nya.
  2. Qalbun Mayyit itu pula adalah istilah dan ungkapan yang ditakrifkan kepada jenis hati yang mati yang tidak pernah mengenali ALLAH sebagai pencipta atau Al-Khaliqnya,tidak pernah menyembah serta tidak mencintai dan redha kepada-Nya. AHati jenis ini bersandar dan bersepadu dengan nafsu dan syahwat serta amat patuh kepada runtunan dan tuntutan nafsu syahwatnya semata-mata.Hati yang telah mati ini tidak pernah mengambil kisah apakah ALLAH redha atau murka terhadap perkara-perkara serta tindakan-tindakan yang dilakukannya sebab ia telah tertakluk serta tunduk kepada kuasa lain selain daripada ALLAH.Sekiranya ia jatuh cinta atau mencintai,maka cintanya itu berdasarkan nafsu semata-mata.Jika ia membenci,maka bencinya itu dikawal selia sepenuhnya oleh hawa nafsu.Hawa nafsu lebih disanjungi dan dituruti oleh hati jenis ini daripada rasa cinta atau mahabbah kepada ALLAH s.w.t. Justeru ia sanggup mati dalam mempertahankannya.Hati yang mati ini hanya cenderung untuk menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan tidak mahu langsung untuk memikirkan apatah lagi membuat persediaan untuk bekalan hidup yang kekal abadi di akhirat nanti.Demikianlah cirri-ciri hati yang mati yang tidak mampu mendengar bisikan serta seruan ALLAH s.w.t. tetapi hanya mendengar bisikan serta seruan iblis dan syaitan hingga menyebabkan ia menjadi buta dan pekak.Sehubungan itu,menjalin hubungan silaturrahim dengan orang yang memiliki hati yang mati ini sangat sukar kerana ia berkemampuan mengganggu keharmonian jiwa,hati dan perasaan kita.Berkemungkinan juga ia mampu menebarkan diayah yang menyebabkan hati kita juga turut menjadi mati.
  3. Qalbun Maridh pula ialah hati yang masih memiliki kehidupan namun di dalamnya tersimpan benih-benih penyakit.Sehubungan itu,ia akan hidup sihat pada masa-masa tertentu tetapi sekali-sekala ia akan bertukar kepada kehidupan yang sensasi dan berpenyakit.Hati jenis ini lebih mengutamakan dunia dan sering tertewas kepada runtunan nafsu syahwat,tamak,dengki dan takbur.Hati yang sakit ini sebenarnya di tengah-tengah apitan Qalbun Shahih dan Qalbun Mayyit itu dan akan mengikut pengaruh mana yang paling kuat menguasai dirinya.Sehubungan itu,ia boleh dilentur dan dididik dan terpulanglah kepada kesediaan seseorang itu untuk memperbaiki hatinya.ALLAH selaku Al-Khaliq yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani itu sentiasa bersedia memberikan petunjuk serta hidayah-Nya.Terpulanglah kepada manusia itu sendiri sama ada bersedia untuk diberikan petunjuk atau hidayah atau terus kekal dalam keadaan ingkar,kufur dan sesat.ALLAH juga menyediakan ganjaran yang setimpal bagi mereka yang berhasrat kembali menuju keredhaan ALLAH s.w.t. dan laknat kepada mereka yang memilih kufur,engkar dan sesat itu sebagai teras kehidupan mereka.Firman-firman ALLAH s.w.t. yang bermaksud: “Sesiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk,dan sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH ( dengan sebab keengkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.” (Al-Maidah;178), “Dan ALLAH akan menambahi petunjuk hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk,dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu,lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.” (Maryam;76), “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat ALLAH),dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti keesaan ALLAH), dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar dengannya (ajaran dan nasihat),mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf;179)

HIKMAH DISEBALIK KEHILANGAN WANG ATAU HARTA BENDA

HIKMAH DISEBALIK KEHILANGAN WANG ATAU HARTA BENDA

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.ALLAH wujudkan kekeliruan yang mengandungi beraneka misteri dan tanda Tanya itu untuk disingkap tabirnya atau dipecahkan ruyungnya bagi mengenal pasti hikmah-hikmah tersebut.Sehubungan itu keupayaan dan kesediaan kita untuk mengakuri serta mempasrahi segala Qada’ dan Qadar yang telah ditentukan ALLAH itu amat dituntut sekiranya kita mengakui diri kita sebagai hamba ALLAH yang beriman dan bertawakkal kepada kekuasaan dan keesaan ALLAH s.w.t. itu.Sesungguhnya juga,ALLAH amat berkuasa menarik balik segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.ALLAH juga berkuasa menurunkan bala,musibah,kebaikan dan keburukan kepada kita dan tiada suatu kuasa pun yang mampu untuk menghalangnya.Keupayaan serta kemampuan ALLAH itu terkandung dalam firman-Nya melalui ayat-ayat suci Al-Quran yang bermaksud;”Dan jika ALLAH mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,maka tiadalah sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia,dan jika Ia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,maka tiadalah sesiapa pun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya itu.Sesungguhnya ALLAH melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya hamba-hamba-Nya.” (Yunus:107). “”ALLAH memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang menyempitkannya.Dan mereka (yang engkar) bergembira dengan kehidupan dunia,sedang kehidupan dunia itu tidak lain,hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.” (Al-Rad:26). “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peratura-Nya),dan Ia juga menyempitkan (menurut yang demikian).Sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya lagi amat melihat hamba-hamba-Nya.” (Al-Isra’:30) Sehubungan itu marilah kita melihat dan meneropong setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita dengan penerobosan kanta mata hati yang sentiasa tawadduk serta tawakkal terhadap kebesaran,keesaan dan kebijaksanaan ALLAH s.w.t. “Dan ada di antara manusia,orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan,yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama ALLAH dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan:dan ada pula orang yang menjadikan agama ALLAH itu sebagai ejek-ejekan.Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghina.” (Loqman:6).

  1. BELUM DILUNASKAN TUNTUTAN ZAKATNYA.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Bentengilah harta kalian dengan zakat.” (Riwayat At-Tabarani dari Ibnu Mas’ud).Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa ALLAH menciptakan harta kekayaan yang berupa emas,perak,intan berlian serta wang ringgit untuk diambil manfaat daripadanya.Zat emas dan perak itu secara lahiriahnya hanya berguna untuk perhiasan tetapi sebenarnya dapat dipergunakan juga sebagai jaminan kekayaan dan kesenangan yang dapat diambil manfaatnya sedikit demi sedikit.Apabila telah sampai nisabnya,harta kekayaan tersebut wajib dikeluarkan zakatnya.Orang yang menahan zakat tidak akan mendapat hikmat yang terkandung daripada pencipta harta benda tersebut bahkan telah melanggar ketentuan dan saranan ALLAH s.w.t. Golongan fakir dan miskin yang berhak menerima zakat apabila dibiarkan terus hidup sengsara berdampingan dengan orang-orang kaya yang tidak berzakat,suatu masa nanti boleh menimbulkan krisis dan mala petaka yang besar,kejahatan yang meluas dan boleh menggugat keharmonian dan keamanan hidup di dunia.Sesungguhnya ALLAH s.w.t. melalui firman-Nya dalam ayat berikut telah mengingatkan manusia supaya jangan memakan hak orang lain yang wajib disalurkan melalui wahana zakat itu; “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang kerana),sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa,maka sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran:76)

  1. BELUM DISUCIKAN AKIBAT KEBAKHILAN

Harta yang dianugerahi ALLAH kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih dan bernasib baik itu wajib dibersih serta disucikan kerana di dalamnya terdapat hak mutlak untuk golongan fakir dan miskin dan cara mensucikannya adalah memerusi pengeluaran zakat.Namun terdapat sejenis penyakit hati yang selalu menghalang hati orang-orang kaya dan berada itu melunaskan tuntutan zakat itu.Penyakit tersebut adalah bakhil atau kikir iaitu sejenis runtunan perasaan yang terlalu kasih dan cinta kepada harta benda dan terpesona dengan perasaan tamak dan haloba.Menurut Al-Ghazali,sesungguhnya kecintaan kepada harta benda atau kekayaan itu akan mendorong seseorang itu lupa kepada ALLAH dan membuat hatinya terikat kepada dunia.Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda; “Jauhkan dirimu daripada sifat bakhil kerana yang demikian itu telah banyak membinasakan orang-orang yang sebelum kamu.” Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah ditanyai orang, “Siapakah yang dinamakan orang bakhil,dan siapa yang layak disebut orang pemurah?” Baginda menjawab,”Orang pemurah itu ialah orang yang mengeluarkan hak-hak ALLAH daripada bertanya dan orang-orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak bersedia mengeluarkan hak-hak ALLAH itu.” ALLAH menerusi kalam-Nya dalam Al-Quran banyak menegur serta memperkatakan perihal orang bakhil ini diantaranya yang bermaksud,”Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil (akan mendapat balasan yang menghinakan),dan sesiapa yang berpaling (daripada mematuhi hukum ALLAH maka padahnya,tertimpa atas dirinya sendiri),kerana sesungguhnya ALLAH,Dialah yang Maha Kaya,lagi Maha Terpuji.” (Al-Hadid:24). “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan ALLAH kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka,bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.Mereka akan dikalungkan (diseksakan) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari akhirat kelak.Dan bagi ALLAH jualah hak milik segala warian (isi) langit dan bumi dan (ingatlah) ALLAH Amat mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Ali Imran:180)

  1. HARTA YANG ADA UNSUR-UNSUR SHUBHAT,RIBA’ ATAU HARAM

ALLAH s.w.t. amat melarang memakan atau mengambil harta orang lain sama ada secara paksa meski pun secara tipu muslihat yang licik dan terancang atau menggunakan pengaruh wang atau kuasa yang dimiliki dalam apa jua keadaan dan tujuan.Kemurkaan ALLAH itu dapat dilihat daripada firman-Nya dalam ayat Al-Quran yang bermaksud,”Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa,pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Baqarah:188). Disamping mengambil atau merampas harta orang lain yang ternyata haram di sisi ALLAH s.w.t. harta yang dimiliki atau dihimpunkan menerusi perbuatan yang shubahat juga tidak membawa sebarang kebaikan dan keberkatan kepada kehidupan manusia apatah lagi digunakan untuk menyempurnakan tuntutan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah jahi atau umrah.Contoh bagi harta yang dihimpun menerusi amalan shubahat termasuklah;

a) Gaji atau wang yang diperolehi hasil daripada kerja yag tidak ikhlas seperti curi tulang,ponteng,mengelat,mengambil cuti sakit yang tidak benar dan seumpamanya.

b) Wang tambahan yang diperolehi hasil daripada kerja-kerja sampingan yang menjejaskan tumpuan kepada kerja teras seperti berniaga sambil bekerja.mengajar kelas-kelas tambahan berbayar atau membuat jualan langsung dalam masa waktu bekerja dan seumpamanya.

c) Wang tambahan yang diperolehi hasil daripada tuntutan kerja lebih masa,tuntutan perjalanan,tuntutan elaun harian sara hidup tuntutan tempat penginapan yang tidak betul dan tidak sahih.

d) Wang yang diperolehi hasil daripada judi dan pertaruhan seperti lottery,toto,tikam nombor ekor,magnum 4 digit,jackpot dan seumpamanya.

e) Wang yang diperolehi hasil dari amalan riba seperti skim cepat kaya dan saham-saham perniagaan yang berunsur riba serta tidak halal di sisi syariat Islam.

  1. HARTA YANG TIDAK DISEDEKAHKAN

Di samping mengeluarkan zakat terhadap harta-harta tersebut ALLAH juga menuntut supaya hamba-hamba-Nya yang diberi kelebihan kurnia dan rezeki itu menginfakkan sebahagian daripada rezeki tersebut kepada mereka yang memerlukannya dalam bentuk sedekah,biasiswa,dermasiswa atau amal jariah dan bakti kebajikan.Tuntutan ALLAH s.w.t. ini termaktub dalam firman-Nya menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud,”Dan ALLAH telah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya:dalam pada itu orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka,supaya orang-orang itu dapat sama-sama mempunyai harta.Mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat ALLAH itu dengan perbuatan syirik?” (Sa-Nahl:71). ALLAH s.w.t. menerusi firman-Nya dalam Al-Quran telah mengingatkan hamba-hamba-Nya supaya menjauhkan diri daripada membuat keuntungan daripada harta anak-anank yatim yang secara kebetulan berada di bawah tanggungjawabnya disebabkan oleh pertalian persaudaraan.Peringatan ALLAH itu termaktub dalam firman-Nya dalam ayat berikut yang bermaksud.”Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka,dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk,dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu,kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.” (An-Nisa’:2). “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka,dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” (An-Nisa’:10). Demikianlah kisah iktibar yang bersangkut paut dengan harta dan peranannya dalam kesempurnaan sesuatu ibadah,ibadah haji atau ibadah umrah.Sehubungan itu para bakal-bakal haji atau pun tidak disarankan supaya membersih serta mensucikan harta benda masing-masing sebelum dijadikan sumber untuk merealisasikan hasrat murni dan menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima itu.Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan kita semua selaku hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh supaya menguruskan harta-harta yang telah diamanahkan kepada kita itu dengan sebaik-baiknya serta berlaku adil dan menyalurkannya kepada jalan-jalan kebaikan.Kita juga disarankan supaya menggunakan kelebihan rezeki kurniaan ALLAH s.w.t. itu bagi membantu kaum kerabat,sanak saudara yang fakir serta miskin dan jangan sekali-kali menggunakan harta kurniaan ALLAH itu kejalan yang keji,mungkar atau zalim seperti membiayai konspirasi untuk menganiaya atau memfitnah musuh yang menjadi saingan perniagaan dan kekuasaan kita itu.Demikianlah prihatin dan caknanya ALLAH s.w.t. terhadap sekalian hamba-Nya agar hamba-hamba-Nya itu tidak terjerumus ke lembah neraka yang penuh dengan kehinaan dan keaiban itu.Saranan ALLAH itu termaktub dalam firman-Nya menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud,”Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil,dan berbuat kenaikan,serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat:dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.” (An-Nahl:90)

KERANA TAKBUR PERIBADI TERSUNGKUR

KERANA TAKBUR PERIBADI TERSUNGKUR

Takbur dirujukkan kepada perasaan besar diri yakni menganggap diri sendiri yang lebih mulia dan lebih sempurna dalam ilmu dan amalan.Dalam erti kata yang lain takbur juga bermaksud angkuh,sombong,cakap besar atau ujub dan amat mudah dikesan kehadirannya pada tingkah laku serta tutur kata dan pengucapan diri seseorang itu.Penyakit ini boleh menjerumus seseorang itu kelembah neraka jahannam kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan memberi amaran kepada umat-umatnya supaya menghindari diri daripada sifat mazmumah yang tidak menguntungkan ini menerusi hadith baginda yang bermaksud; “Tidak akan dapat masuk syurga bagi seseorang yang dalam dihatinya terpancar perasaan takbur walau pun hanya sebesar zarah.” Seseorang yang dihinggapi sifat atau penyakit takbur ini samalah taraf serta darjatnya dengan iblis laknatullah yang enggan tunduk kepada perintah ALLAH supaya sujud kepada Nabi Adam yang ALLAH ciptakan daripada tanah itu.Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang-orang yang bersifat takbur ini seperti sekumpulan semut yang dikumpulkan pada hari kiamat lalu dipijak-pijak serta diinjak-injak oleh orang ramai kerana tersangat hina dan menjijikkan.Dalam sebuah hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa “Ada tiga perkara yang bakal mencelakakan seseorang itu iaitu yang pertama ialah bakhil,yang kedua hawa nafsu yang diperturuti dan yang ketiga ialah ketakjuban terhadap dirinya sendiri.”Sehubungan itu,banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang mengingatkan manusia supaya menjauh serta menghindari diri daripada sindrom takbur ini kerana di samping terlaknat kerana menyamai dengan sifat dan perangai iblis serta syaitan ia juga boleh membawa kesan yang memudaratkan bukan sahaja pada diri sendiri malah pada kesejahteraan diri saudara mara,sahabat handai,masyarakat dan ummah.Sehubungan itu,diuar-uarkan berikut ini beberapa potong ayat suci Al- Quranul Karim yang mengutarakan keburukan dan kejengkelan sifat takbur dan sifat yang seangkatan dengannya itu. “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana dengan sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi (dengan hentakan kakinya),dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang (dengan mengangkat kepalanya).” (Al-Isra’;37). “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,takbur lagi membanggakan diri.” 9Lokman:18), “Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keenganan mereka tunduk kepada kebenaran) sebagai belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka,(lebarnya belenggu itu) sampai (menungkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.” (Yaasiin:8) Mengikut aspek dank anta mata ilmu psikologi,sindrom takbur dan komposisinya seperti sombong,bongkak,angkuh ujub dan seumpamanya itu adalah didorong oleh sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang telah dianugerahkan ALLAH kepada seseorang itu.Sebagai contoh kelebihan dalam aspek paras rupa,harta benda,pangkat,darjat,keturunan,ilmu pengetahuan dan sebagainya itu boleh menjurus kepada seseorang hamba ALLAH itu menjadi sombong,bangga diri,angkuh dan sebagainya.Jalinan integrasi kesemua sifat yang berunsur kufur nikmat tersebut tiba ke kemuncaknya apabila ia diterjemahkan ke dalam bentuk pengucapan dan perbualan.”Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alas an yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku), dan mereka (yang bersifat demikian) jika melihat sebarang keterangan (bukti),mereka tidak beriman kepadanya,dan jika mereka melihat jalan (yang membawa kepada) petunjuk,mereka tidak mengambil jalan itu sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan,mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui,yang demikian itu,kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripada-Nya.” 9Al-A’raf:146). “Sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH (kerana keengkaran-Nya),maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya,dalam ALLAH membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan.” (Al-A’raf:186). Sehubungan itu,amat wajar bagi kita semua menghindari diri daripada berlagak angkuh,sombong,takbur dan sebainya itu dalam apa jua atau situasi sama ada dalam setiap peribadatan kita kepada ALLAH s.w.t. Tidak ada keuntungannya sedikit pun kepada kita dalam melayani kerenah dan tuntutan nafsu mazmumah yang didalangi oleh iblis dan syaitan laknatullah itu sebaliknya kita hanya akan mengundang kemurkaan ALLAH s.w.t. lantaran kezaliman,keangkuhan,ketakburan dan kefasikan kita itu di mana akhirnya kita akan tergolong ke dalam kumpulan manusia yang diklasifisikan oleh ALLAH s.w.t. dalam firman-Nya dalam ayat Al-Quranul Karim yang bermaksud; “Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya,lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.Sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,menghalang mereka daripada memahaminya,dan (kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk,maka dengan keadaan demikian,mereka tidak sekali-kali akan beroleh petunjuk hidayah selama-lamanya.” (Al-Khafi:57). Justeru,marilah kita kembali kepada ALLAH dengan bertaubat serta meninggalkan sifat-sifat angkuh,sombong,takbur,ujub dan seumpamanya itu dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji seperti prihatin,cakna,tulus ikhlas,sopan santun,berpekerti luhur dan seumpamanya supaya ibadah yang bakal kita persembahkanke hadrat ALLAH s.w.t. itu berkualiti serta bermutu tinggi dan layak dianugerahi ALLAH dengan syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kesejahteraan itu.Sehubungan itu,marilah kita semua menjadikan firman ALLAH s.w.t. dalam ayat-ayat berikut sebagai pedoman dan petunjuk jalan agar kita semua sentiasa berada dalam lorong serta jalan-Nya yang lurus,betul,dirahmati dan diredhai. “Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya,maka sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya kerana ALLAH A mat Pengampun lagi Amat Mengasihani,: (Al Maidah:39). “Dan (ALLAH menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan),dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita) kepada-Nya kemudian ALLAH (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat.Sesungguhnya ALLAH,Dialah penerima taubat,lagi Amat Mengasihani.” (At-Taubah:118). “Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu,kemudian kembalilah taat kepada-Nya; Sesungguhnya Tuhanku Amat Mengasihani,lagi Amat Pengasih.” (Hud:90). “Ketahuilah oleh kamu,bahawasanya ALLAH amat berat azab seksa-Nya (kepada orang yang kufur dan derhaka),dan bahawasanya ALLAH Amat Pengampun,lagi Amat Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya).” (Al-Maidah:98).

KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUS (SEPANYOL)

KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUS (SEPANYOL)

Penaklukkan Ke Atas Sepanyol

Sepanyol adalh sebuah negeri yang terbesar di Eropah iaitu sebuah negeri yang mempunyai kerajaan raja berpelembagaan yang menempatkan pusat pemerintahannya di Madrid.Dalam sejarah Islam,Sepanyol dikenangi dengan dua nama lain iaitu Andalus dan Hispania.Orang Islam telah memerintah Sepanyol dengan penuh kecermelangan dan kemegahan selama lebih kurang lapan ratus tahun.Islamlah yang menjadikan Sepanyol negeri yang paling bertamadun dan mengkagumkan di dunia pada waktu itu.Pada tahun 714M,Sepanyol diperintah oleh seorang raja Kristian yang amat kejam bernama Roderick.Gabenor Musa merasa simpati terhadap rakyat Sepanyol yang tertindas lalu mengarahkan jeneralnya yang masyhur iaitu Tariq b. Ziyyad menaklukki Sepanyol dan mengemablikan keadaan kepada yang lebih saksama.Jeneral Tariq belayar ke Sepanyol dengan angkatan tentera yang terdiri daripada 12,000 orang perajurit.Angkatan tentera Tariq mendarat di Sepanyol pada suatu tempat di pantai yang kemudiannya dinamakan ‘Jabal at Tariq’ sempena mengambil namanya.Kini tempat itu dikenali sebagai ‘Gibraltar’.Sebaik sahaja tenteranya mendarat,Jeneral Tariq memerintahkan agar semua kapal mereka naiki itu dibakar.Ini dilakukan supaya semua perajuritnya tidak dapat berpatah balik atau melarikan diri.Roderick muncul di tengah medan peperangan dengan angkuh dan penuh istiadat,mengepalai 100,000 orang bala tentera.Berbekalkan keberanian dan nekad,Tariq akhirnya Berjaya menewaskan angkatan perang Roderick yang jauh lebih besar dan lenih lengkap dengan pelbagai jenis senjata.Setelah ditewaskan oleh Tariq,Roderick melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan.Demikianlah bermulanya pemerintahan Islam di Sepanyol pada tahun 714M.Rakyat Sepanyol merasa sungguh gembira dengan kemenangan tentera Islam ini kerana mereka telah menjadi bebas daripada belengu pemerintahan kuku besi Roderick.Kebanyakkan ahli sejarah berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mendapat alamat terlebih dahulu akan kemenangan tentera Islam di Sepanyol ini didalam mimpinya.Pemerintahan Islam di Sepanyol yang dapat bertahan lama bolehlah dubahagikan kepada tiga peringkat.

Tiga Peringkat Pemerintahan Islam di Sepanyol

  1. Peringkat pertama antara tahun 714-756M (93-138H) merupakan peringkat yang penuh dengan huru-hara.
  2. Peringkat kedua merangkumi zaman kegemilangan,kekuatan dan kemajuan iaitu antara tahun 756-1036M (138-428H).
  3. Peringkat ketiga merupakan zaman kejatuhan dan kemusnahan iaitu antara tahun 1036-1492M (428-897H).

Zaman Huru-Hara

Sepanyol ditakluki pada zaman Umayyad,pada tahun 714M (138H).Abdul Aziz anak Musa b. Nusair,penakluk Sepanyol,dilantik sebagai Amir (Gabenor) Sepanyol yang pertama.Dia telah mengahwini balu Raja Frederick.Anasir pengkhianat Sepanyol mengambil kesempatan ini dengan menggunakan kepintaran wanita ini bagi mencetuskan huru-hara di Sepanyol.Mereka terus menggunakan kedudukannya untuk menimbulkan permusuhan dan perpecahan di kalangan puak-puak Islam di Sepanyol,sambil mengukuhkan pengaruh mereka.Mereka menghasut pertelagahan diantara puak Arab dan Berber,sambil menggalakkan perbalahan antara kaum Syiria dan Madinah serta persengketaan antara Syi’ah dan Sunnah.Perpecahan dan perselisihan yang kian merebak akhirnya menjadi begitu ketara sehingga amat menyukarkan usaha menyatupadukan pemimpin Islam.Di ketika genting inilah Putera Abd Rahman Berjaya memasuki Sepanyol.Perbuatannya menyebabkan ia di gelar ‘ad Dakhil’ (yang masuk).Abd Rahman mengambil alih teraju pemerintahan Sepanyol.Dengan bantuan beberapa pasukan Berber,Abd Rahman ad Dakhil Berjaya menewaskan puak Syiria di Sepanyol.Menjelang 10hb Zulhijjah 138 H,beliau berhasil menaklukiki seluruh Sepanyol.Maka tamatlah peringkat pertama pemerintahan Islam di bawah dinasti Umayyad di Sepanyol dan berakhirlah zaman huru-hara serta kekecohan.Kegagalan yang paling besar di Sepanyol pada sepanjang peringkat pertama ini berpunca daripada kepincangan pemerintahan.Walaupun orang Islam yang menaklukki Sepanyol mempunyai ilmu pengetahuan sains serta bertamadun lebih tinggi daripada rakyat tempatan,mereka gagal mentadbir dengan sempurna kerana perbalahan dan perpecahan yang sering berlaku di kalangan mereka.Oleh itu dalam tempoh ini keadaan huru-hara dan kekecohan berlaku di merata-rata.Pemimpin wilayah takluk bukan Islam memendam harapan dan azam untuk mengusir orang Islam dari Sepanyol.Pihak fanatik Kristian berikrar akan melenyapkan apa juga tanda dan kesan kebudayaan serta tamadun orang Islam dari bumi Sepanyol.Walaupun sering berlaku perselisihan di antara mereka,mujahid Islam tetap tidak berhenti dari melancarkan serangan ke atas bahagian selatan Perancis dari Sepanyol.Mereka Berjaya menawan beberapa tempat di Perancis.Antara mujahid yang terkenal melancarkan serangan ke wilayah Perancis termasuklah Amir Samah b. Malik dan Amir Abd Rahman b. Abdullah Ghaffiqi.Kedua-dua mereka akhirnya telah gugur syahid di medan perang ini dan dalam keadaan suasana kalah menang yang tidak menentu telah memaksa penyerang Islam yang lain menghentikan peperangan di Perancis.

Zaman Kegemilangan,Kekuatan dan Kemajuan

Zaman gemilang pemerintahan Islam di Sepanyol bermula pada tahun 756M (138H) sempena bermulanya kerajaan pimpinan Amir Abd Rahman Ad Dakhil dan berakhir pada tahun 1036M (428H).Beliau memerintah selama 33 tahun serta Berjaya mengasaskan pemerintahan dinasti Umayyad yang berdaulat dan maju.Ia juga telah menukar gelaran Khalifah iaitu gelaran yang lebih dihormati daripada gelaran Al Amir.Amir Abd Rahman Berjaya mengatasi segala komplot dan hasutan dengan bijaksana.Ia mempamerkan kebolehan seorang negarawan yang berwibawa dalam mentadbirkan Negara Islam.Beliau juga telah merombak system undang-undang dan kehakiman serta amat cenderong kepada pengajian dan ilmu pengetahuan.Ramai ilmuan dari merata dunia telah diundang dan menganjurkan beberapa acara perbahasan serta perbincangan khusus.Sokongan dan kecenderongannya terhadap ilmu pengetahuan telah menjadikan Sepanyol sebagai pusat seni dan sains yang terkenal dimata dunia.Beliau juga menunjukkan minat yang penuh terhadap pembinaan masjid dan bangunan yang indah-indah.Ibu negeri Sepanyol,Qartaba telah dijadikan sebuah bandaraya yang amat indah.Dia juga mengarahkan agar sebuah taman yang indah dimajukan di sekeliling Bandar dengan dihiasi dari berbagai jenis pokok-pokok bunga serta buah-buahan.Sepohon pokok kurma yang dibawa dari Syiria telah ditanam sebagai tugu kegemilangan kebudayaan dan tamadun Islam.Penyajak terkenal,Allama Iqbal telah mengarang puisi mengenai pokok tamar ini dan merakamkannya di dalam bukunya yang masyhur iaitu ‘Bal el Jibril’.Pembinaan Masjid Jamea di Qartaba bermula pada masa pemerintahan beliau.Selepas Abd Rahman,puteranya Hisham b. Abd Rahman menggantikannya sebagai Amir pada tahun 788M.Serangan ke atas Perancis selatan disambung semula sewaktu pemerintahan Hisham.Bahasa Arab telah diwajibkan di Sepanyol dan dengan itu membolehkan rakyat tempatan mempelajari secara terus segala ilmu sains Islam.Cara ini telah membawa perubahan dalam pemikiran,budaya dan sikap penduduk Sepanyol lantas dapat membentuk asas perkembangan pergerakan dan pembaharuan di seluruh Eropah.Hakam (1) telah menggantikan Hisham sebagai Amir dan menyambung kembali perjuangan sehingga Berjaya menaklukki lebih banyak daerah di Perancis.Dengan kejayaan itu beliau telah digelar ‘Penakluk’ (Al fatah).Selepas pemerintahan beliau telah digantikan dengan beberapa orang Amir yang kurang menyerlah sehinggalah sampai pada zaman pemerintahan Amir Abd Rahman III.Amir Abd Rahman III memerintah pada tahun 912M.Dia mengukuhkan lagi pemerintahan Islam di Sepanyol.Pada tahun 929M,beliau telah mengambil kembali gelaran Khalifah.Beliau menjadi masyhur di seluruh dunia kerana kebijaksanann,keberanian dan penaklukkan serta kebolehannya dalam pentadbiran.Banyak Negara luar telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara Islam.Mutayyan Billah adalah pemerintah Sepanyol daripada dinasti Umayyad yang terakhir.Selepas Mutayyan,kerajaan Sepanyol diwarisi oleh Muhammad b. Amer Mansur iaitu pengasas dinasti Amir.Seperti Amir Abd Rahman III,Muhammad b. Amer juga telah menjadi pemerintah yang agung dalam sejarah Sepanyol.Dia telah menerima penghormatan dan sanjungan kerana keberanian,kebijaksanaan,keadilan dan sifat merendah dirinya.Beliau telah memerintah selama 27 tahun dan disamping itu beliau juga telah Berjaya dalam banyak peperangan sehingga mendapat gelaran ‘Pemenang’.Muhammad Amer meninggal pada tahun 1006M.Beberapa pemerintah telah menyusulinya sehinggalah berakhirnya zaman kegemilangan pemerintahan dan kemajuan Islam di Sepanyol.

Zaman Kemusnahan Dan Kehancuran Yang Dahsyat (1036-1492M)

Kejatuhan keturunan Amer dan disusuli zaman keruntuhan yang dahsyat ini telah menimbulkan berbagai tipu muslihat,pengkhianatan serta kekacauan dan pemusnahan.Bermula pada tahun 1036M,keadaan ini berakhir dengan pengusiran orang Islam dari Sepanyol.Pada masa ini pemerintahan Islam terbahagi kepada beberapa buah wilayah kecil.Pemimpin wilayah kecil ini telah mengamalkan cara hidup mewah yang keterlaluan.Setiap upacara di istana mereka dilakukan dengan penuh keistimewaan.Penyair upahan di bawa untuk menghiburkan dengan nyanyian yang memuji-muji mereka serta di beri bayaran lumayan.Seluruh pentadbiran berada dalam keadaan porak-peranda namun pemimpinnya tetap ghairah dengan kemewahan dan keseronokan tanpa mengendahkan akan keadaan sekeliling.Mereka tidak berusaha untuk bersatupadu menentang ancaman kuasa Kristian sebaliknya mereka lebih galak untuk bertelagah sesame sendiri.Dalam usaha bersaing dan menjatuhkan antara satu sama lain ada yang sanggup menjalinkan ikatan sulit dengan pihak musuh seperti dari pihak Kristian.Di sepanjang tempoh kekecohan ini,pihak Kristian telah mengambil kesempatan dengan memantapkan kekuatan ketenteraan mereka.Mereka telah merancang berbagai helah politik dan ketenteraan untuk mengusir orang Islam dari Sepanyol.Gerakan menakluk semula semakin rancak berjalan,hamper jelas terbayang pada ketika ini keagungan Islam di Sepanyol akan berkubur Ankara kelalaian dan pengkhianatan di kalangan umatnya sendiri.Di saat yang genting ini,tiba-tiba muncullah seorang wira dari gurun sebagai penyelamat orang-orang Islam di Sepanyol.Yusof b. Tashfin adalah seorang pemerintah Maghribi,apabila beliau mendengar hal kekejaman pihak Kristian ke atas orang Islam di sana,beliau terus melancarkan serangan.Pada 2 Nov 1086 (22 Rejab 479),Yusof telah Berjaya menumpaskan Raja Alfonso dalam peperangan Zallaqz,teraju kepimpinan Kristian pada waktu itu.Kekuatan Kristian lumpuh akibat dari kekalahan ini.Yusof lalu memulihkan pentadbiran Sepanyol dengan mengembalikan perpaduan dan kerjasama antara wilayah-wilayah Islam.Beliau menyelesaikan semua masalah dengan diplomasi dan kuasa ketenteraan.Yusof meninggal dunia pada tahun 1106M (500H).Selepas kematian Yusof,pemerintah wilayah Islam pun menyambung kembali persengketaan sesame mereka.Seterusnya keturunan Yusof pula menyambung tampok pemerintahan Sepanyol buat beberapa lama.Antara anak-anaknya,Nasr b. Al Ahmar adalah tokoh yang paling menyerlah.Dia mencuba sedaya upaya untuk membangunkan semula sebuah kerajaan Islam yang teguh dan bersatu disamping meneruskan jihad dalam dua arah (i) Menentang kuasa Kristian (ii) Berjuang untuk memulihkan kembali perpaduan dan disiplin di kalangan pemerintah wilayah Islam.Dia cuba membawa masuk sebahagian besar wilayah tenggara Sepanyol ke bawah pemerintahannya dan menjadikan Granada sebagai pusat pemerintahan.Semasa pemerintahannya,dia mendirikan istana Qasr Al Hamra yang sungguh indah.Istana ini sehingga kini masih dianggap sebagai salah satu dari keajaiban dunia.Pewarisnya memerintah Sepanyol selama kira-kira 250 tahun.

Peristiwa-Peristiwa Ngeri Dan Kejam

Pada tahun 1199M 9595 H),Abu Abdullah Zaghal telah mengambil alih pemerintahan negeri Granada.Beliau mencuba sedaya upaya untuk mengikis pengaruh Kristian yang semakin berkembang di negeri itu.Malang baginya,anak saudaranya Abu Abdullah Muhammad telah mengadakan pakatan sulit dengan raja Kristian iaitu Ferdinand.Dengan bantuan Ferdinand,beliau Berjaya merampas sebahagian wilayah Islam.Dengan perpecahan ini menjadikan Granada semakin lemah.Raja Ferdinand mengambil kesempatan ini untuk menyerang Granada.Kepungan ke atas Granada oleh askar-askar Kristian telah melunturkan semangat Abu Abdullah Muhammad,lalu ia pun menyerah kalah kepada pihak Kristian pada 3 Januari 1492 (2 Rabiulawal 897).Abu Abdullah lari meninggalkan Granada dalam keadaan yang memalukan selepas kehilangan negerinya.Menangislah ia dengan bersungguh-sungguh dan berkatalah ibunya kepadanya,”Kenapa sekarang kamu menangis seperti wanita pengecut kerana kehilangan negerimu,sedangkan kamu tidak berupaya mempertahankannya seperti lelaki yang berani?” Setelah melarikan diri dari Sepanyol,Abu Abdullah pergi ke Afrika sehinggalah beliau meninggal di sana dalam keadaan yang sangat daif.Selepas mengusir orang Islam dari bumi Sepanyol,pihak Kristian melancarkan tindakan balas dendam dengan bertindak kejam ke atas orang Islam yang tinggal.Kekejaman yang mereka lakukan tiada bandingannya dalam sejarah manusia.Ribuan orang Islam telah dibunuh,mereka yang terselamat akan dipaksa memeluk agama Kristian.Hanya segelintir orang Islam Berjaya melepaskan diri ke Afrika Utara.Buku-buku ilmuan Islam yang begitu banyak telah dibakar oleh pihak Kristian.Membakakar dan mencemar rumah ibadat menjadi perkara biasa dan beberapa tugu Islam telah dirobohkan.Demikianlah pihak Kristian merayakan kemenangan mereka dengan melakukan kekejaman yang berkemuncak serta menghapuskan kesan dan tinggalan musuh iaitu Islam.Orang-orang Islam di Sepanyol telah menerima hukuman akibat dari kelalaian mereka terhadap Al-Quran dan Sunnah.

Imbasan Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Sepanyol

Sejarah Sepanyol adalah sebahagian dari kisah naik turun sejarah umat Islam.Jika mereka tidak mengabaikan ajaran Al-Quran dan Sunnah,mereka tetap akan maju dalam semua bidang kehidupan tetapi jika mereka telah menyelweng dari jalan yang benar,kehinaan dan kehancuran akan menjadi habuan mereka.Kedaulatan dan KeEsaan kepada Tuhan merupakan cirri yang menyerlah dalam tamadun dan cara kehidupan orang Sepanyol selama Islam bertapak dengan kukuh di sana.Orang-orang Islam Sepanyol juga Berjaya mengikiskan semua amalan menyekutukan Tuhan,menyembah berhala dan pencabulan terhadap agama sebelumnya.

Keberkatan Kepada Orang Islam

Rakyat jelata telah diasuh dengan menerapkan pemikiran yang waras dan kelakuan yang berhemat.Selaras dengan hukum Islam,pemerintah Islam di Sepanyol telah mengharamkan riba dalam semua urusan peribadi dan perniagaan.Mereka menganjurkan penerapan sikap yang berlandaskan Islam.Sumbangan kreativiti Islam terhadap kemahiran dibidang senibina amat mengkagumkan.Bandar yang serba indah,masjid dan bagunan yang menakjubkan,jalan raya yang baik,taman bunga yang dihias indah dengan pancutan air yang menarik telah menjadi tugu peringatan bagi kebudayaan yang unggul.Prusahaan dan perdagangan mendapat dorongan yang luar biasa.Penguasaan orang Islam dalam kegiatan pembinaan kapal,hubungan perdagangan luar serta pengaruh di seluruh dunia telah menyumbang kepada peningkatan hubungan perdagangan dengan dunia luar.Dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajian,orang Islam telah menjadi contoh yang unik.Mereka mendirikan institusi pendidikan,perpustakaan dan pusat kebudayaan di seluruh negeri Sepanyol.Kebolehan menulis dan membaca diutamakan.Proses pengembangan ilmu semakin pesat berikutan kemajuan dalam industri pembuatan kertas.Pendidikan percuma telah membuka peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk sama menikmati faedah seni,sains dan kebudayaan.Ringkasnya,Sepanyol telah menjadi pusat antarabangsa bagi ilmu pengetahuan,pengajian,penyelidikan dan sastera.Ramai sarjana dan pelajar dari seluruh dunia dating untuk memasuki beberapa universiti Islam yang terdapat di Sepanyol.Setelah menimba ilmu dan pengalaman di sini,.mereka kembali ke Negeri masing-masing dan menyebar ilmu sains serta tamadun Islam ke serata tempat di Eropah.Hasilnya,konsep dan idea baru mula bercahaya di fikiran manusia yang begitu maluas.Pengembangan fikiran manusia inilah yang akhirnya membentuk asas Gerakan Pembaharuan Barat,hingga akhirnya melahirkan perkembangan serta kemajuan seni dan sains dunia sekarang.Dengan berasaskan penelitian sejarah,penulis bukan Islam terkenal,seperti Bacon dan Dozy,memperakui bahawa keseluruhan pembangunan dan kemajuan dunia moden diwarisi daripada sumbangan pemerintahan Islam Sepanyol.

Pengajaran Pahit Dari Sejarah Sepanyol

Babak sejarah Islam di Sepanyol mengandungi adengan suka dan duka.Beberapa pengajaran pahit muncul daripada babak hiba dalam sejarah manusia ini.Pengajaran penting perlu diimbas kembali secara ringkas seperti berikut.Selagi orang Islam patuh kepada Al-Quran dan Sunnah,mereka pasti akan menempah kemajuan dalam semua bidang kehidupan.Mereka pasti akan menerima gamjaran yang melebihi dari apa yang mereka harapkan.Hinggakan orang bukan Islam dan mereka yang tinggal di luar sempadan wolayah Sepanyol juga menerima manfaat kreativiti orang Islam.Tetapi,sebaik sahaja mereka membelakangkan Al-Quran dan Sunnah,mereka terpesong ke jalan yang penuh ranjau.Islam di Sepanyol telah melencong dari jalan yang benar.Mereka melanggar hukum perpaduan dan persaudaraan Islam.Mereka menolak usaha dan kerajinan sehingga tenggelam ke dalam kegelapan kemewahan dan pembaziran.Mereka terjerumus dalam kancah muslihat dan pengkhianatan,pemberontakan dan penderhakaan.Mereka telah terpesong jauh dari prinsip dan amalan Islam.Akhirnya lenyaplah kemurnian dan kecermelangan mereka terkubur ditimbusi lumpur keaiban dan musibat.Terasa kesal apabila mengingatkan bahawa Sepanyol yang pernah menjadi nadi penggerak dalam semangat keagamaan,kebudayaan dan tamadun Islam,sekarang tersisih jauh dari kerestuan Islam.Bangsa yang pernah dibangunkan dan dimajukan oelh orang Islam enggan memberi perakuan dan penghargaan ke atas jasa dan sumbangan Islam sebaliknya mereka dengan angkuh menghapuskan segala kesan peninggalan tamadun dan kebudayaan Islam dari bumi Sepanyol.Keadaan sedih ini harus disedari da diinsafi oleh seluruh umat dunia Islam.

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM

1. Muharram

1. Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua’)

2. Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (‘Asyura)

3. Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakan bersedekah kepada fakir miskin.

4. Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan ddalam keluarga.

5. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaa belas kasihan terhadap mereka.

6. Membanyakkan bacaan zikir dan selawat.

7. Siapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari itu maka seolah-olah ia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.

8. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari itu maka seolah-olah ia telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.

9. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari itu maka nescaya ia tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

10. Sesiapa yang memberi minum pada hari itu maka ia akan diberi oleh ALLAH seteguk minuman pada hari kiamat kelak dengan seteguk air itu ia tidak akan haus untuk selama-lamanya.

11. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.

2. Safar

3. Rabiul Awwal

4. Rabiul Akhir

5. Jamadil Awwal

6. Jamadil Akhir

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardu yang seperti biasa.

7. Rejab

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, “Rejab adalah bulan ALLAH,Sya’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.” Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari ALLAH s.w.t. maka ia layak mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t. seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya,

  1. “Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan ALLAH s.w.t.”
  2. “Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari ALLAH s.w.t.”.
  3. “Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh ALLAH s.w.t. dari dugaan dunia,diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnak dajjal.”
  4. “Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh ALLAH s.w.t. 7 pintu neraka jahannam baginya.”
  5. “Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh ALLAH s.w.t. 8 pintu syurga untuknya.”
  6. “Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka ALLAH s.w.t. akan memperkenankan semua permintaan dan hajat.”
  7. “Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka ALLAH s.w.t. akan menampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.”
  8. “Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka ALLAH s.w.t. akan menambahkan pahala orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu,lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.”
  9. “Dalam bulan yang lain setiap amalan kenaikan ALLAH s.w.t. akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab ALLAH s.w.t. akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.”
  10. “Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa,zikir,istighfar serta mendengar kisah peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

8.Syaaban

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya,”Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.”

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh ALLAH s.w.t. dengan 700 kali ganda.
  2. ALLAH s.w.t. akan menurunkan rahmat-Nya serta memberikan pengampunan umum kepada hamba-Nya.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal,pertengahan dan di akhirnya maka ALLAH s.w.t. akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi,pahala 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa,nerzikir,berselawat,bertasbih,membaca Al-Quran dan sebagainya maka ALLAH s.w.t. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh ALLAH s.w.t. pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan ALLAH s.w.t. dengan sesuatu,tukang sihir,tukang nujum,mereka yang suka bermusuhan,peminum arak,penzina,pemakan riba,derhaka terhadap kedua ibu bapa,pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

9.Ramadan

Ramadan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.” Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika uamt manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan.”

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh ALLAH s.w.t. sebanyak 1000 kali ganda.
  2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
  3. Ramadan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat ALLAH s.w.t. bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari ALLAH s.w.t. dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.
  4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat terawikh,witir dan solat-solat sunat yang lain.
  5. Banyakkan berdoa,berzikir,selawat,membaca Al-Quran,bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
  6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang hendak berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
  7. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  8. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  9. Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
  10. Syawal

i) Amalan sunat pada 1 Syawal seperti

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan solat Aidil Fitri.

b) Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.

c) Mandi sunat Aidil Fitri pada pagi harinya. ALLAH s.w.t. Sesiapa yang hinggalah terbenam matahari pada hari raya itu.

ii) Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (sunat Syawal).Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal,maka perumpamaannya adalah seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Dalam hadis yang lain baginda bersabda,”Puasa sebulan di bulan Ramadan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”

  1. Zulkaedah

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardu yang seperti biasa.

  1. Zulhijjah

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu;

  1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan ALLAH s.w.t. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh ALLAH s.w.t.
  2. Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan ALLAH s.w.t..Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.
  3. Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan ALLAH s.w.t. Sesiapa yang berpuasa pada hati itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh ALLAH s.w.t.
  4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan.Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.
  5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan.Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat dari sifat munafik dan dari siksa kubur.
  6. Tanggal 6 Zulhijjah ALLAH s.w.t. telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabi-Nya.Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh ALLAH s.w.t. dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.
  7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahannam akan dikunci.Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh ALLAH s.w.t. 30 pintu kesulitannya dan akan dibukakan 30 pintu kemudahan.
  8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari ALLAH s.w.t. supaya menyembelih anaknya Ismail.Seharian ia berfikir sama ada perintah itu dating dari ALLAH s.w.t. atau syaitan.Hari itu dinamakan dengan ‘Tarwiyah’ (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh ALLAH s.w.t. pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang mengetahui.
  9. Tanggal 9 Zulhijjah ALLAH s.w.t. telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari ALLAH s.w.t. bukan dari syaitan.Oleh itu hari itu dikenali dengan nama ‘Arafah’ (hari tahu).Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan oleh ALLAH s.w.t. dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan dating.
  10. Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari ‘Nahar’ (menyembelih).Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut ALLAH s.w.t. akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).
  11. Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin.Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh ALLAH s.w.t. pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.
  12. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti;

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.

c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.

d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.

e) Mengumandangkan takbir,tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

f) Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat ‘Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama Muharram.

ADAB-ADAB DALAM KEHIDUPAN

ADAB-ADAB DALAM KEHIDUPAN

Adab Bercakap

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah.Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH.”

  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang,ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan mmaka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  • Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut.
  • Jangan bercakap mengenai halo rang lain,membuat fitnah serta mencaci maki orang.
  • Jangan memanggil orang yang lenih tua dari kita dengan panggilan nama,seeloknya panggilah dengan nama yang memuliakan mereka.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Adab Di Masjid

· Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa,tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri sambil membaca doa.

· Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat tahiyatul masjid.

· Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai untuk memasuki masjid seperti di muka pintu dan sebagainya.

· Jangan berkeliaran di dalam masjid,ingatlah anda sedang berada di dalam istana ALLAH s.w.t. maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan banyak solat sunat dan berzikir.

· Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca Al-Quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk beribadat.

· Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.

· Pakailah pakaian yang bersesuaian dan sopan tatkala memasuki masjid.

· Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.

· Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.

· Jika anda telah memakan bawang maka janganlah terus masuk ke masjid kerana ini akan mengganggu orang lain.Seeloknya cucilah dahulu mulut atau ambillah wuduk demikian juga jika anda merokok.

· Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi masjid.

· Jangan mengambil atau membawa pulang barang-barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri,segala peralatan masjid telah diwakafkan iaitu untuk kegunaan awam.

Adab Berjanji

· Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.

· Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram atau pun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.

· Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.

· Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggar janji itu jika anda tiada alas an yang kukuh dan wajar.

· Jika kita berjanji dengan anak-anak untuk memberikan sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.Abdullah Ibn ‘Amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.Rasulullah s.a.w. yang kebetulan berada di situ terus bertanya, “Apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?”jawab ibu ‘Amir,”Sedikit buah tamar.” Sabda Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu.”

Adab Makan

· Membaca Bismillah ketika mula hendak makan.

· Membersihkan tangan, makan dan minum menggunakan tangan kanan.

· Makanlah dengan penuh perasaan tawaduk dan jangan makan dengan gaya yang angkuh.

· Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya.

· Makanlah makanan yang ada di hadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan orang lain.

· Jika makanan yang ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan terlalu kenyang.

· Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa loya atau jijik.

· Jika ada butiran makanan yang jatuh maka kutiplah ia semula.Makanan adalah nikmat dari ALLAH s.w.t. maka muliakanlah ia.

· Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah makanan yang masih melekat pada jari-jari anda.

· Jika anda terpaksa meninggalklan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut.

· Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah ‘Alhamdulillah’ kepada Tuhan yang telah memurahkan rezekinya kepada kita.

Adab Tetamu

· Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan.

· Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hamper disediakan.

· Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah,kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka.

· Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan.

· Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak.

· Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah.

· Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.

Adap Tuan Rumah

· Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak para tetamu supaya makan.Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya.

· Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi,kita dilarang dari mengalih belkas makanan yang masih ada.Sebaiknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.

· Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin.Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.

· Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke pintu.

· Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa,elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya.

· Apabila kita dikunjungi oleh tetamu,maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.

· Tunjuklah kepada mereka dimana tandas,supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.

· Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita,hidangkan apa saja yang sedia ada.

· Setelah menghidangkan makanan,jangan sekali-kali memberikan mereka begitu saja.Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan.Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

Adab Mmebaca Al-Quran

· Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk.Mengambil dan mengangkat Al-Quran dengan tangan kanan.

· Membaca Al-Quran di tempat yang bersih seperti di ruamh,surau,masjid dan sebagainya.Yang paling utamanya adalah di masjid.

· Menghadap ke kiblat,membacanya dengan khusyuk dan terang.

· Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau.

· Memulakan bacaan dengan membaca “Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam.” Kemudian disusuli dengan “Bismillah” serta membaca Ummul Kitab (Fatihah).

· Membacanya dengan tertib Bacaan yang perlahan-lahan dan tenang.

· Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya.

· Bacaanya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati,terutama pada ayat-ayat yang menggambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah ALLAH s.w.t.

· Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.

· Tidak diselang seli dengan perbualan,bermain-main atau ketawa.Hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahi.

Adab Berjiran

· Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah kehadapan,belakang,kiri dan kanan.

· Mendahulukan memberi salam bila bertemu.

· Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya.

· Menziarahinya bila ia sakit.

· Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian.

· Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka didalam kesusahan.

· Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.

· Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya.

· Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia.

· Sentiasa bercakap dengan lemah lembut.

· Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan.

Adab Menziarahi Orang Sakit

· Sunat menziarahinya secara berselang hari.

· Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya.

· Sunat duduk dengan kepala si pesakit.

· Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit.

· Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita.

· Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya.

Adab Menziarahi Kubur

· Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan.

· Sunat mengambil wuduk.

· Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya maka hukumnya haram.Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus.

· Sunat membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Al Fatihah dan sebagainya serta diiringi dengan doa.

· Duduk hamper dengan kuburnya atau disisinya.

· Dilarang mengusap atau mencium batu nisan.

· Dilarang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.

· Lebih afdal,ziarah dilakukan pada hari jumaat.

KESIMPULAN SURAH AL-QURAN

KESIMPULAN SURAH AL-QURAN

AL FAATIHAH-Pembukaan

Surah ini tergolong surah Makiyah kerana di turunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat yang merupakan surah pertama di turunkan dengan lengkap serta mencakupi maknanya diantara semua surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Surah ini dinamakan Al Faatihah kerana terdapat diawal permulaan Al-Quran dan dengannya dimulai apabila kita hendak membaca Al-Quran.Ia juga dikenali dengan nama ‘Ummul Quran’ atau ‘Ummul Kitab’ kerana ia merupakan induk bagi semua oso kandungan Al-Quran serta segala intisarinya.Sebahagian ulamak menamakannya sebagai ;As Sab’ul Masani’ (tujuh ayat yang berulang-ulang) kerana ayatnya ada tujuh serta dibaca berulang kai di dalam solat.Surah ini menuntut supaya kita mencari kebahagiaan di dunia dan juga akhirat baik yang bersangkutan dengan keimanan,keyakinan,akhlak,hukum danpelajaran.Surah ini juga menceritakan tentang nabi-nabi yang terdahulu serta umat-umat yang menentang ALLAH s.w.t. Sebagai perincian dari sunnah ini ada diceritakan pada surah-surah lain yang terdapat di dalam Al-Quran.

AL BAQARAH-Sapi Betina

Surah ini tergolong dari surah Madaniyah kerana di turunkan di Madinah yang mengandungi 286 ayat dan sebahagian besarnya di turunkan pada permulaan tahun Hijrah.Surah ini adalah yang terpanjang sekali di dalam Al-Quran sedang di dalamnya pula terdapat ayat yang terpanjang iaitu pada ayat 282.Surah ini dinamakan Al Baqarah kerana di dalamnya ada diceritakan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan oleh ALLAH s.w.t. (ayat 67-74) kepada Bani Israel.Dinamakan juga sebagai ‘Fusthatul Quran’ (puncak Al-Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah lain.Antara hukum yang diperintah dan dilarang supaya kita melaksanakannya seperti mengerjakan solat,menunaikan zakat,berpuasa,mengerjakan haji dan umrah,hukum qisas,perkara yang bersangkutan dengan halal dan haram,bersedekah,larangan meminum arak,berjudi,mengambil riba dan mengahwini wanita kafir.Tuntutan supaya membayar hutang piutang,mengasihani anak yatim,wadiat,hukum sumpah,menjaga amanah dan berperang pada jalan ALLAH s.w.t.Cerita-cerita yang terdapat didalamnya ialah kisah penciptaan Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. dengan kaum Bani Israel.

ALI ‘IMRAN-Keluarga Imran

Surah Ali Imran yang terdiri dari 200 ayat ini adalah surah Madaniyah.Dinamakan dengan Ali Imran kerana ia menceritakan kisah keluarga Imran yang mana didalam kisah itu disebutkan kelahiran Nabi Isa a.s. persamaan kejadianya dengan Nabi Adam a.s. kenabian dan beberapa mukjizatnya serta disebutkan juga kisah kelahiran Maryam,puteri Imran,ibu kepada Nabi Isa a.s. Surah Al Baqarah dan Ali Imran dinamakan ‘Az Zahrawaani’ (dua kecermelangan) kerana kedua surah ini menyingkapkan perkara-perkara yang disembunyikan oleh Ahli Kitab.Surah ini menyingkapkan peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s. berita kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. serta kisah perang Badar dan Uhud yang boleh diambil pengajaran darinya.Terdapat dalil serta alas an yang membantah orang-orang Yahudi dari mempertuhankan Nabi Isa a.s. Surah ini juga menuntut supaya kita bermusyawarah untuk mengelakkan pertelingkahan dan bahaya mengambil orang kafir sebagai pemimpin ataupun teman kepercayaan.

AN NISA’-Wanita

Surah An Nisa’ adalah surah Madaniyah yang mengandungi sebanyak 176 ayat.Dinamakan An Nisa’ kerana di dalam surah ini banyak memperkatakan hal-hal yang berkaitan dengan wanita berbanding dari surah-surah lain maka ia dikenali sebagai An Nisa’ Al Kubra (surah Nisa’ besar).Selain itu pada surah At Thalaq juga banyak menyentuh mengenai hal wanita maka ia dipanggil An Nisa; ash Sughra (surah Nisa’ kecil).Surah ini menyentuh beberapa perkara pokok seperti kewajipan para wali,hukum poligami,mas kahwin,memakan harta anak yatim,hukum warisan dan pusaka,wanita yang haram dikahwini,hukum mengahwini budak perempuan,solat dan larangan mengucapkan kata-kata kotor.Di dalamnya juga terdapat cerita Nabi Musa a.s. bersama pengikutnya.

AL MAAIDAH-Hidangan

Surah Al Maaidah tergolong dalam surah Madaniyah yang terdiri dari 120 ayat.Ayat yang diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah iaitu di waktu Haji Wida’.Surah ini dinamakan Al Maaidah kerana memuatkan kisah pengikut setia Nabi Isa a.s. yang meminta kepadanya agar ALLAH s.w.t. menurunkan kepada mereka hidangan dari langit (ayat 12) Surah ini menyentuh beberapa perkara pokok seperti bantahan terhadap umat Nabi Isa a.s. yang telah mempertuhankannya.Kewajipan memenuhi janji,hukum melanggar syariat ALLAH s.w.t.,antara makanan yang halal dan yang haram,hukum mengahwini wanita ahli kitab,wuduk,tayammum,hukum membunuh,hukuk qisas,hukum melanggar sumpah dan kafarahnya,hukum meminum arak,berjudi,berkorban untuk berhala,menilik nasib,membunuh binatang di Tanah Haram dan hukum persaksian.Surah ini juga menceritakan kisah Nabi Musa a.s. yang menyuruh kaumnya memasuki Palestin,kisah Habil dan Qabil dan kisah Nabi Isa a.s.

AL AN’AM-Binatang Ternak

Surah Al Na’am mengandungi 165 ayat dan tergolong dalam surah Makiyah.Dinamakan dengan Al An’am kerana menurut adapt istiadat kaum kafir musyrikin binatang ternak dapat dimanfaatkan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan mereka.Dalam surah ini juga disebutkan permasalahan mengenai binatang ternakan.Surah ini mengisahkan umat-umat terdahulu yang menentang Rasul,sikap kepala batu kaum musyrikin yang menentang kebenaran,kepercayaan kaum musyrikin kepada jin,syaitan serta keingkaran mereka kepada hari kiamat dan sebagainya.Surah ini juga meminta kita supaya jangan menuruti hukum-hakam serta adapt istiadat kaum jahiliyah,membatasi antara makanan yang halal dengan yang haram dan larangan mencaci maki berhala kaum musyrik.Ini kerana dibimbangi kaum musyrik akan membalas dengan mencaci maki ALLAH s.w.t. pula.Di dalam surah ini ada disebut tentang penyaksian ALLAH s.w.t. ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul-Nya dan begitu juga dengan Nabi Ibrhaim a.s, Nabi Ishaq a.s, Nabi Ya’kub a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ayyub a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s dan seterusnya.

AKHLAK MUSLIM

AKHLAK MUSLIM

Sifat-Sifat Terpuji

  1. Bertaubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana ingin membesarkan ALLAH s.w.t. Orang yang bertaubat mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut sebagai bukti kesungguhannya iaitu,

a) Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.

b) Bersungguh-sungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.

c) Berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi.

  1. Khauf ertinya takutkan ALLAH s.w.t. Takut kepada kemurkaan-Nya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.
  2. Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung kepada makhluk lain.Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari ALLAH s.w.t. buat sementara waktu sahaja.
  3. Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari ALLAH s.w.t.
  4. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya dari ALLAH s.w.t. Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada ALLAH s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan-Nya.
  5. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan ALLAH s.w.t. bukan kerana tujuan yang lain.
  6. Tawakal ertinya berserah diri kepada ALLAH s.w.t. dalam melakukan sesuatu rancangan.
  7. Mahabbah ertinya kasihkan ALLAH s.w.t. dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada ALLAH s.w.t. serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.
  8. Reda dengan Qada dan Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan ALLAH s.w.t. sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah.
  9. Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

Sifat-Sifat Tercela

  1. Syarhul Tha’am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.
  2. Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap sia-sia,percakapan yang tidak memberi hasil atau mendatangkan faedah kepada dunia dan juga akhirat.
  3. Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya pada perkara yang kecil.
  4. Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dari dirinya.
  5. Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH s.w.t.
  6. Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada kemasyhuran.
  7. Hubbun Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari mengerjakan ibadat dan berzikir kepada ALLAH s.w.t.
  8. Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yang tinggi dari orang lain.
  9. Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yang datangnya dari ALLAH s.w.t.
  10. Riya’ ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya.Ia beramal untuk mendappujian dan sanjungan dari manusia bukan dari ALLAH s.w.t.

RAHSIA ANGKA 10

RAHSIA ANGKA 10

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima ALLAH s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan munkar maka sesungguhnya solat itu hanyalah menambahkan kemurkaan ALLAH kepadanya dan ia semakin jauh dari ALLAH.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang lain, “Sesiapa yang memelihara solatnya maka solat itu akan menjadi cahaya,petunjuk dan jalan selamat baginya tetapi bagi sesiapa yang tidak memelihara solatnya maka solat itu tidak akan memberi cahaya, petunjuk dan jalan selamat untuknya.”

Sabda Rasulullah s.a.w. “10 golongan yang tidak diterima solatnya oleh ALLAH s.w.t. Iaitu…

1.Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu.

2.Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum di belakang membencinya.

4.Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya.

5.Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat).

6.Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya.

7.Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung.

8.Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong,zalim

serta suka menganiaya.

9.Orang yang suka memakan riba.

10.Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan

munkar.

10 Jenis Golongan Termasuk Kafir

Sabda Rasulullah s.a.w., Ada 10 jenis golongan manusia dari umatku ini yang mana mereka telah termasuk dalam golongan kafir terhadap ALLAH sedangkan mereka masih mengira bahawa mereka adalah dari golongan yang beriman.Mereka itu ialah…

  1. Membunuh tanpa jalan hak (batil).
  2. Tukang sihir.
  3. Suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya (dayus).
  4. Orang yang menahan dirinya dari mengeluarkan zakat.
  5. Orang yang meminum arak.
  6. Orang yang telah cukup syarat untuknya menunaikan haji tetapi masih mahu menangguhkannya lagi.
  7. Orang yang suka membuat fitnah.
  8. Orang yang menjual senjata kepada musuhnya (belot).
  9. Orang yang bersetubuh dengan isterinya malalui dubur.
  10. Orang yang menikahi perempuan yang menjadi muhrim kepadanya (ada hubungan kekeluargaan).

10 Jenis Kecelaan MeminumArak

Imam Abu Laits telah memperingatkan tentang 10 kecelaan akibat dari meminum arak iaitu….

  1. Peminum arak akan menjadi seperti orang gila kerana akalnya tidak berfungsi dengan baik dan tercela pada pandangan orang waras.
  2. Meminum arak adalah perbuatan membazir kerana membeli sesuatu yang tidak membawa manfaat malah mendatangkan mudarat.
  3. Boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan.
  4. Menjadikan peminumnya lalai dari mengerjakan solat dan mengingati ALLAH s.w.t.
  5. Boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah perzinaan serta berlakunya keruntuhan rumah tangga.
  6. Arak adalah anak kunci pada segala kejahatan,bila akal sudah tidak waras maka peminumnya akan melakukan apa saja seperti merompak,merogol,membunuh dan sebagainya.
  7. Meminum arak menyebabkan malaikat menjauhkan dirinya dari kita maka bagaimanakah nasib kita bila rahmat ALLAH s.w.t. semakin jauh.
  8. Peminum arak akan dijatuhi hukuman rotan sebanyak 80 sebatan,jika ia terlepas di dunia maka di akhirat kelak ia akan mendapat balasan yang lenih dahsyat lagi.
  9. Delama 40 hari amal kebajikannya tidak akan diangkat oleh malaikat kepada ALLAH s.w.t.
  10. Dikhuatiri ia akan mati dalam keadaan kafir sebelum sempat bertaubat.

10 Jenis Ganjaran Kerana Memuliakan Zulhijjah

Berkata sebahagian ulamak, “Sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlaku dalam bulan Zulhijjah nescaya ia akan dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t. dengan 10 jenis keistimewaan iaitu….

  1. Berkat pada umurnya.
  2. Bertambah rezekinya.
  3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin.
  4. Dapat membersihkan diri dari dosa serta kesalahan yang lepas.
  5. Amal ibadat serta kebajikannya akan digandakan.
  6. ALLAH s.w.t. akan memudahkannya pada saat sakaratul maut.
  7. ALLAH s.w.t. akan menerangi kuburnya selama ia berada di alam barkzah.
  8. ALLAH s.w.t. akan memberatkan timbangan amal kebajikannya bila berada di mahsyar.
  9. Selamat dari kejatuhan kedudukannya di dunia.
  10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi ALLAH s.w.t.

10 Jenis Doa Yang Ditolak Oleh ALLAH s.w.t.

Berkata Ibrahim b. Adham, “Wahai penduduk Basrah! Hati kamu semua telah mati kerana ditutupi oleh 10 perkara,oleh sebab itulah doa kamu tidak diperkenankan ALLAH.Ketahuilah 10 perkara itu ialah….

  1. Kamu semua telah mengenal ALLAH s.w.t. tetapi kamu tidak pernah menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Kamu semua membaca Al-Quran tetapi tidak pernah mengambil iktibar dan pengajaran daripada isi kandungannya.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi sebaliknya kamu telah meninggalkan sunnahnya.
  4. Kamu semua mengaku bahawa syaitan itu adalah musuh ketat kamu tetapi masih ada diantara kamu yang mengikuti jejak langkahnya.
  5. Kamu semua terlalu mengharapkan syurga tetapi tidak pernah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan kamu ke syurga.
  6. Kamu semua menyangka bahawa kamu akan terselemat dari neraka jahannam tetapi diantara kamu masih ada yang melakukan amalan-amalan ahli neraka.
  7. Kamu semua juga mengaku bahawa kematian itu adalah perkara benar tetapi sedikitpun kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  8. Kamu semua sentiasa mencari keburukan dan kecelaan saudara-saudara kamu tetapi tidak pernah cuba mencari kecelaan sendiri.
  9. Kamu semua telah merasai dengan begitu banyak sekali nikmat pemberian dari ALLAH s.w.t. tetapi tidak pernah sekalipun kamu mahu bersyukur kepada-Nya.
  10. Kamu semua telah mengusungkan jenazah ke perkuburan lalu mengkebumikannya tetapi kamu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu.

10 Jenis Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim

1. Mendapat keredaan ALLAH s.w.t. kerana ALLAH s.w.t. amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim demikian juga dengan penduduk langit dan bumi.

2. Mengembirakan para malaikat kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim.

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.

4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan.

5. Menambah keberkatan pada rezekinya.

6. ALLAH s.w.t. akan melanjutkan usianya.

7. Menjadikan iblis bertambah gelisah dan sakit hatinya.

8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh kerana mereka amat menyukai kepada silaturrahim.

10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

MENGENALI BIODATA IBLIS

MENGENALI BIODATA IBLIS

Nama : Iblis Laknatullah

Tempat Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status Diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat tinggal didunia ; Hati-hati mereka yang lalai

Tempat tinggal diakhirat ; Neraka Jahannam

Kawasan ; Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati ALLAH

Arah Perjalanan ; Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia ; Setiap wanita yang tidak menutup aurat,tidak mentaati ALLAH,rasul dan

Suaminya.

Kaum Kerabat ; Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal Pusingan ; Angan-angan kosong

Tempat Pertemuan ; Pasar-pasar

Musuh Ketat ; Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto Kerja ; ‘Hipokrasi asas akhlak’

Kesukaannya ; Melalaikan orang dari mengingati ALLAH,menggoda dan

Menyesatkannya.

Cita-Cita ; Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya ; Bila orang membaca Istighfar

Lambang ; Sebarang tatu

Pejabat Operasi ; Tandas,bilik air,tempat yang bernajis dan kotor serta

Tempat-tempat maksiat

Rakan Kongsi ; Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin

Dan manusia

Sumber Pendapatan ; Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Jenis Perkhidmatan ; Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan

Kederhakaan terhadap ALLAH s.w.t

Tempoh Perkhidmatan ; Sehingga hari kiamat

Matlamat Perjalanan ; Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam

Teman Sejawat ; Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran ; Dosa dan kemurkaan ALLAH s.w.t.

Berkomunikasi Dengan ; Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,

Menghasut,pendengki dan pendendam

Makanan Kegemaran ; Daging orang mati dan segala najis dan kekotoran

Yang Ditakuti ; Orang mukmin yang bertakwa,beriman dan beramal

Yang DIbenci ; Orang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH s.w.t.

Alat Perangkap ; Wanita cantik,model,pelacur,pragawati dan sebagainya

Saat Ajal ; Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH s.w.t. di hari kiamat kelak

Tugas Yang Paling Disukai ; Homosex dan lesbian

Janji-Janji ; Janji kosong,angan-angan dan tipu daya

Yang Membuatnya Menangis ; Bila orang sujud kepada ALLAH s.w.t.

MENGENALI SAHABAT DAN MUSUH IBLIS

Musuh-Musuh Iblis

  1. Rasulullah s.a.w. sendiri
  2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang
  3. Orang beriman yang suka memberi nasihat
  4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
  6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
  7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  10. Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  11. Ketua Negara atau pemerintah atau imam yang adil.
  12. Orang kaya yang rendah HATI.
  13. Peniaga yang jujur dan amanah.
  14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca Al-Quran.
  15. Orang yang bengun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.

Sahabat-Sahabat Iblis

  1. Orang kaya yang sombong.
  2. Peminum arak.
  3. Hakim yang tidak adil.
  4. Peniaga yang tidak jujur.
  5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  6. Orang yang meringankan solat.
  7. Orang yang memakan harta anak yatim.
  8. Orang yang beramal kerana nama.
  9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  10. Penghasud dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan.

Pintu Hati Manusia Yang Dimasuki Iblis

  1. Putus asa dan kecewa dengan Rahmat ALLAH s.w.t.
  2. Memandang remeh pada dosa-dosa kecil.
  3. Panjang angan-angan dan suka kepada puji-pujian.
  4. Bodoh tetapi tidak menyedari pula akan kebodohannya itu.
  5. Memandang rendah pada orang lain.
  6. Merasa gembira bila mendapat ujian dari ALLAH s.w.t.
  7. Ketika kita sedang marah kerana marah itu adalah dari bara api neraka.
  8. Ujub,sombong,riya dan buruk sangka pada orang lain.
  9. Terlalu cinta dan rakus pada kehidupan dunia ini.
  10. Bersikap bakhil dengan harta yang diperolehi.

Rumah Yang Tidak Dimasuki Iblis

  1. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain.
  2. Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir ALLAH s.w.t.
  3. Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela.
  4. Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada ALLAH s.w.t
  5. Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
  6. Rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah.
  7. Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibu bapa.
  8. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada ALLAH s.w.t.
  9. Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturrahim.
  10. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t.

sIsteri di dunia ; Setiap wanita

PERISTIWA GANJIL DALAM ISRAK RASULULLAH S.A.W.

PERISTIWA GANJIL DALAM ISRAK RASULULLAH S.A.W.

“Maha suci ALLAH yang telah menjalankan hambanya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam dari Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya,agar Kami dapat memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia (ALLAH) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al Israk:1) ‘Israk’ ertinya berjalan di waktu malam manakala ‘Mikraj’ pula bererti naik ke atas (ke langit).Yang dimaksudkan dengan ‘Israk dan Mikraj’ disini ialah perjalanan Rasulullah s.wa.w. di waktu malam dari Masjidil Aqsa di Palestin.Baginda kemudiannya terus naik ke langit dari selapis ke selapis hinggalah sampai di ‘Sidratul Muntaha’. Setelah menerima fardu solat baginda kemudiannya kembali semula ke Mekah dalam masa hanya satu malam sahaja.

Antara Peristiwa Ganjil yg Dihadapi Oleh Rasulullah s.a.w. ialah seperti;

  1. Bertemu dengan jin Ifrit.
  2. Menyaksikan dengan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan mengetam pada hari itu juga.Inilah adalah contoh bagi orang-orang yang melakukan amal soleh.
  3. Semasa melintasi kubur Masyitah Rasulullah dapat mencium bau haruman yang sungguh harum.
  4. Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempas-hempaskan kepalanya ke batu.Ini adalah contoh bagi orang yang malas untuk mengerjakan solat.
  5. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat,memakan buah berduri dan ada pula yang menelan bara api.Ini adalah contoh bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  6. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging masak dan bagus ada di sisinya.Ini adalah contoh bagi orang yang mempunyai isteri yang sah tetapi sebaliknya ia suka berzina dengan perempuan pelacur.
  7. Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedangkan orang-orang yang duduk di tebing sungai itu melemparkan batu ke arahnya.Ini adalah contoh bagi mereka-mereka yang suka memakan riba dan duit haram.
  8. Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu,walaupun beban kayu yang ditanggung olehnya telah berat namun ia masih lagi menambah beban kayu itu ke atas bahunya.Ini adalah contoh bagi mereka yang suka mengambil amanat tetapi tidak pernah menunaikannya.
  9. Menyaksikan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya sendiri.Ini adalah contoh orang yang pandai bercakap tetapi ia sendiri tidak pernah melakukannya.
  10. Menyaksikan sekelompok manusia yang berkuku tembaga lalu merobek-robek muka dan dadanya sendiri.Ini adalah contoh bagi orang yang suka mengumpat,membuat fitnah dan menjatuhkan aib orang lain.
  11. Menyaksikan sekelompok manusia yang mempunyai bibir seperti bibir unta lalu disuapkan bara api ke dalam mulutnya.Ini adalah contoh bagi mereka yang memakan harta anak yatim dengan jalan yang salah.
  12. Menyaksikan seekor lembu besar keluar dari lubang yang sangat sempit lalu ia berusaha untuk memasukinya kembali tetapi tidak Berjaya.Ini adalah contoh bagi mereka yang suka bercakap besar dan dusta lalu ia ingin menarik kembali percakapnnya itu tetapi tidak berpeluang lagi.
  13. Bertemu dengan pohon-pohon kayu yang berduri di tengah jalan,sesiapa yang melaluinya pasti akan ditarik dan dikaitnya sehingga pakaian akan menjadi koyak rabak.Ini adalah contoh bagi mereka yang suka membuat kekacauan dan gangguan orang yang lalu lalang di jalan.
  14. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung dengan buah dadanya sambil mereka menjerit-jerit meminta pertolongan.Ini adalah contoh wanita yang menyusukan anak mereka hasil dari perzinaannya dengan lelaki yang bukan suaminya.
  15. Menyaksikan perempuan-perempuan yang digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga mendidih otak dikepalanya.Ini adalah balasan kerana mereka tidak mahu menutupi aurat di kepala dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya.
  16. Menyaksikan perempuan yang digantung dengan lidahnya di atas api neraka lalu dituangkan air panas ke dalam mulutnya.Ini adalah balasan kerana mereka selalu menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara yang kasar serta tinggi.